Saturday, April 6, 2013
Bilakah Perisytiharan Raja Nazrin Shah Sebagai Pemangku Sultan
Ada seorang hamba Allah telah bertemu YM Raja Ahmad Nasir . Beliau menceritakan pihak kerabat Diraja yang hadir di Majlis Raja-raja tahun lepas , Sultan Perak telah mengaku bahawa beliau bukan anak Raja / Waris Raja . 2 / 3 orang Sultan menyuruh Sultan Azlan (Atan Bin Hashim) meletak jawatan . Beliau hanya tuduk dan mendiamkan diri tak berkata apa-apa . Selepas peristiwa tersebut Sultan Azlan jatuh sakit sehingga kini . Kenapa pihak bertanggungjawan tidak mewar-warkan keadaan Sultan Azlan yang sakit . Sehingga kini berita beliau tidak disiarkan dimana-mana cerong Radio Malaysia mahupun pihak Media . Mereka menyembunyikan sesuatu maklumat .
Hilangnya nama Sultan Perak kerana TULAH menipu masyarakat dunia , Malaysia khususnya negeri Perak . Pertanyaan dimana letaknya keadilan bumi tercinta ? Bolehkah dikatakan negara ini negara Islam ? Sedangkan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab membuat tipu muslihat . Ini adalah disebabkan kekayaan dan kuasa yang ada pada mereka .
YM Raja Ahmad Nasir Allah akan mengembalikan dan membentuk Negeri Perak ini Negeri Berdaulat . Sultan yang akan memerintah masa akan datang biarlah waris keturunan Raja , Benih yang sah .Bagi menegakkan Agama dengan seadilnya. Menjadi satu tanda tanya Raja Muda Nazrin diisytiharkan sebagai Pemangku Sultan ketika / masa bila ? Siapakah yang mengisytiharkan beliau sebagai Pemangku Sultan ? Kalau mengikut Peraturan Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak Bahagian ke-2 . Raja Nazrin memang tidak layak disebabkan ayahanda beliau Sultan Azlan (Atan Bin Hashim) bukan waris keturunan atau benih Raja . Apatah lagi Raja Muda Nazrin . Disini ternyata pihak politik telah memainkan peranan dan tidak seharusnya pihak politik yang tidak bertanggungjawab mencampuri isu Raja-raja .
Warisan Raja tidak boleh aktif dalam politik. Kita pernah lihat di Youtube , Raja Muda Nazrin telah mencampuri hal politik . Kemudian beliau tidak mengaku ketika berucap dicerong radio . Mustahil orang akan buat Youtube dan mehinanya beliau ? Inikah sifat seorang Raja Muda , tidak bertanggungjawab dan tidak mengaku kesalahan dan kesilapan sendiri . Bercakap putar belit Indah Khabar dari Rupa . Bagaimana rakyat hendak menghormati beliau ?
Hanya setakat ini buat kali ini .
Wassalam
Sunday, February 24, 2013
Friday, November 2, 2012
Pihak Ahli Dewan Negara Negeri Perak Dan Pembesar Istana Harus Bersikap Adil Dalam Perlantikan Sultan Ikut Adat Istiadat seperti Dulu
Sekiranya Sultan mangkat atau meninggal dunia rakyat jelata rasa tidak puas hati pada pihak istana,Ahli Dewan Negara mahupun Mufti Negeri Perak ternyata tidak bertnggungjawab dan berkemungkinan ada perancangan di sebaliknya. Sekiranya berlaku perlantikan Sultan yang baru tidak mengikut adat istiadat institusi raja-raja di negeri perak ternyata Ahli Dewan Negara tidak ada amanah. Perkara ini akan berlaku kali ke-2 nya.
Bagi pihak Ahli Politik tidak boleh campur tangan dalam urusan institusi Raja-raja dan tidak boleh melantik seseorang itu sebagai Sultan. Disini ternya pihak tersebut menpunyai lagenda dan ada kepentingan. Warisan atau kerabat diraja yang menuntut tahkta sebagai Sultan tidak boleh berkecimpung di dalam Politik. Untuk menjadi seorang Ahli Dewan Negara mereka hendaklah anak jati Negeri Perak. Berbangsa Melayu, dan Beragama Islam.
Perlantikan Sultan yang baru mengikut adat resam terdahulu sebagai mana wujud nya Almarhum Sultan Muzaffar Shah Pertama membuat pertabalan dan hinggalah ke Sultan yang ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Ke-2. Kenyataan disini menunjukkan ada nya kedaulatan seseorang Sultan itu. Rakyat jelata akur dan patuh perintah Sultan Berdaulat. Tidak lupa juga warisan dan kerabat Diraja yang layak, berhak menuntut. Ahli Dewan Negara dan juga pembesar istana tidak boleh menolak tuntutan pewaris mahupun kerabat kerana kita mempunyai pawang-pawang diraja.
Warisan ataupun kerabat menunjukkan alat kebesaran yang mereka miliki...
WASALAM
Wednesday, September 26, 2012
Dimana Letaknya Generasi Melayu Akan Datang
Tuesday, August 28, 2012
Adakah Rakyat Jelata Betul-Betul Merdeka
Monday, July 30, 2012
Tanggungjawab Seri Paduka Yang Dipertuan Agong & Perdana Menteri.Buktikan Hak Yang Sebenar Dengan Adil
Wednesday, July 4, 2012
Beranikah Menjawab Surat YM Raja Ahmad Nasir
Thursday, March 29, 2012
Pembesar-Pembesar yang menerima rasuah
Tuesday, March 13, 2012
Parti Politik Memperalatkan Sultan Dan Ketepikan Agama
Bagaimana caranya untuk menyampaikan mesej secara umum?Sedangkan pihak politik campur tangan dalam institusi Raja-raja sehingga pihak media masa tidak berani tampil memaparkan untuk disiarkan di dalam akhbar.Pihak politik begitu angkuh dengan kuasa yang ada sehingga sanggup melakukan jenayah.Seumpamanya memutar belitkan fakta yang sedia ada. Mengenepikan agama, menghalalkan yang haram demi kepentingan diri sendiri dan kroni-kroninya bagi mendapat kekayaan dan kekuasaan. Mereka sanggup mencabuli dan memperalatkan kedaulatan Sultan-Sultan serta menjatuhkan akhlak dan moral bangsa Melayu. Rakyat yang miskin bertambah miskin dan yang susah bertambah susah, Ketika memegang jawatan sanggup bersumpah taat setia dengan kalimah Allah tetapi dilupakan.
Masyarakat sekeliling tahu akan perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Tidakkah mereka ini berasa malu?
Yang YM Raja Ahmad Nasir benar-benar berharap Parti politik semestinya menghormati Sultan bukannya menjadikan satu simbol atau hanya diperlukan sebagai bahan tipu muslihat mereka.Ingatlah Sultan itu mempunyai kedaulatan dan juga sebagai pewaris Nabi. Jangan sampai sumpah memakan diri.Didalam ISLAM kata-kata sumpah dengan menggunakan kalimah Allah bukannya satu permainan.Ia merupakan Amanah batgi melaksanakan tanggungjawab dengan Adil.
Mengikut Undang-undang Perlembagaan bahagian 2 Negeri Perak,Perlantikan seorang Menteri Besar hendaklah berbangsa Melayu,beragama Islam bukanya dari kacukan dari bangsa lain memeluk Islam.
Perlantikan Sultan pula adalah warisan dari Sultan Pertama dan ke 18iaitu Sultan Ahmadin Shah. Kenyataan disini bahawa Sultan Azlan bukannya keturunan darah raja. Siapakah yang bertanggungjawab melantik beliau sebagai Sultan Negeri Perak?
Begitu juga dengan kalangan Ahli Dewan Negara,mereka tidak menetap di Negeri Perak dan tinggal diluar kawasan Negeri Perak. Kenapakah ia berlaku?
Dimanakah letaknya Undang-undang berdaulat sedia ada? Kenapa yang benar tidak diberikan haknya dan yang bersalah tidak ditangkap???
WASALAM
Monday, January 2, 2012
Monday, November 14, 2011
Dimana Letak Keadilan Kesultanan Negeri Perak
Tuesday, November 1, 2011
WARISAN RAJA
Disini satu kenyataan bahawa Almarhum Sultan Idris kedua adalah bapa saudara kepada YM Raja Ahmad Nasir. Tanah di Kampung Fakri,Almarhum Sultan Idris kurniakan kepada ninda perempuan iaitu sebelah bonda Raja Ahmad Nasir. Tujuan dikurniakan tanah itu semoga beliau dapat berhubung dengan ayahanda YM Raja Ahmad Nasir supaya tidak putus hubungan kekeluargaan.
YM Raja Ahmad Nasir ketika itu bermastautin di Singapura. Almarhum Sultan Idris,adinda nya Intan Suraya dan kekanda nya Raja Rafeah dan yang lain-lain sentiasa berhubung dengan ayahanda YM Raja Ahmad Nasir. Apabila ninda YM Raja Ahmad Nasir meninggal, Disini lah punca putus hubungan. Setelah ayahanda YM Raja Ahmad Nasir berhijrah ke Johor Baharu. Ninda lelaki YM Raja Ahmad Nasir telah datang ke Johor Baharu mengziarah keluarga YM Raja Ahmad Nasir dan menyampaikan pesanan untuk kembali ke Negeri Perak atas urusan yang perlu diselesaikan apabila habis tempoh sumpahan 7 keturunan
Ninda beliau menceritakan kesemua asal usul diri nya dan juga isteri nya(Siti Aminah) YM Raja Ahmad Nasir ayahandanya telah diberi tanggungjawab yang berat yang belum pasti dapat dilaksanakan. YM Raja Ahmad Nasir dan keluarga pulang ke Negeri Perak pada tahun 1979 dan ketika itu YM Raja Ahmad Nasir masih berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Apabila sampai masa dan ketikanya ayahanda YM Raja Ahmad Nasir cuba melaksanakan tugas beliau tetapi gagal.YM Raja Ahmad Nasir tidak terfikir untuk menyambung tugas berat yang di wasiatkan(Amanat) disebabkan YM Raja Ahmad Nasir bukan gila kan kuasa,pangkat darjat ataupun kekayaan ketika itu YM Raja Ahmad Nasir bertugas di Kuala Lumpur. Satu perkara telah berlaku terhadap keluarganya iaitu anak dan isterinya jatuh sakit adik beradik tidak bersefahaman. Disitulah puncanya YM Raja Ahmad Nasir bertemu dengan seorang guru Mursid meminta pandangan diatas perkara yang berlaku.
YM Raja Ahmad Nasir mengambil keputusan melaksanakan tanggungjawab sehingga hari ini. Ternyata segala yang berlaku diatas keluarganya pulih seperti sediakala(aman dan damai) urusan ini telah berlaku selama 8 tahun. Allamdulillah perlaksanan tugas berjalan dengan baik dengan kehendak Allah.
Selama ini hanya pihak atasan sahaja yang mengetahuinya. Sekarang YM Raja Ahmad Nasir cuba menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata di Malaysia khusus nya di Negeri Perak.
SEKIAN WASALLAM
Saturday, September 3, 2011
Seri Paduka Yang Dipertuan Agong mesti bertindak tegas atas kesalahan yang dilakukan oleh ATAN BIN HASHIM(Sultan Perak ) kerana beliau adalah orang yang kebanyakkan dan bukan seorang pewaris Raja apatah lagi bukan anak kandung Almarhum Sultan Yusof.Perkara ini sungguh memalukan seluruh Institusi Majlis Raja-Raja dan juga Negeri ini.Rakyat memandang rendah tehadap Raja-Raja yang ada sekarang.tidak mempunyai prinsip atau amanah sebagai sultan di dalam Negara.Agama Islam jadi tercemar diatas sikap dan perbuatan Orang Atasan yang gila wang(duit),kuasa untuk diri sendiri dan kuncu-kuncu mereka.
Para pembaca sekian,setiap Negeri Sultan mempunyai Istana dan bersemanyam di Negeri masing-masing.jikalau ke luar Negara pasti ada Pemangku di dalam Negeri,tetapi Negeri Perak berlainan,Sultan seisi keluarga termasuk Raja Muda Berhijrah di Kuala Kumpur hanya tinggal Pembesar Negeri.Tapi ada yang tinggal luar dari PERAK.Ternyata Negeri Perak tidak mempunyai Sultan,yang menjadi Sultan Perak BUKAN PEWARIS dan TIDAK BERDAULAT.Kenyataan beliau bukan keturunan Raja,semua Rakyat MALAYSIA khusus Rakyat Negeri Perak tahu,tidakkah beliau seisi keluarga berasa malu dan hina,dimana letak maruah mereka.Secara tidak lansung Seri PadukaYang Dipertuan Agong Majlis Raja-Raja terjejas imej.
Para pembaca,pada suatu masa dan ketika nanti Raja Ahmad Nasir akan mengambil tindakan untuk mengambil kembali TAKHTA warisan dengan izin ALLAH.Apabila Raja Ahmad Nasir mula lakukan sesuatu dengan akal fikiran,dengan mengikut Undang-Undang,Raja Ahmad Nasir harap pihak atasan harus terima hakikat dan ATAN BIN HASHIM(Sultan Perak) mesti turun dari TAKHTA KERAJAAN NEGERI PERAK tanpa soal jawab.Raja Ahmad Nasir peringatkan pada ahli politik tidak boleh masuk campur dalam urusan Raja-Raja.Raja Ahmad Nasir harap Ahli Politik jagalah Parti masing-masing dan tunjukkan kebikjasanaan melaksanakan Politik masing-masing.
Monday, August 15, 2011
Langkah Awal
Wednesday, August 3, 2011
Adat Dan Adab
Salam sejahtera pembaca blog yang sentiasa menunggu cerita selanjutnya.
Pada 1hb.July 2011, YM Raja Ahmad Nasir telah mengutus surat pada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan didalam negeri ini.
YM Raja Ahmad Nasir minta Seri Paduka Yang Dipertuan Agong serta kesemua sultan- sultan di dalam negeri ini, agar ATAN BIN HASHIM (Azlan Sultan Perak) turun daripada takhta mengikut Undang-undang Perlembangan Bahagian ke-2 Negeri Perak. Ternyata Atan Bin Hashim telah menipu sekalian rakyat jelata,Agong&Sultan-sultan di negeri ini. Sebagai seorang Islam, Mufti Negeri Perak, Ahli Dewan Negara seharusnya bersikap Sidek, Amanah,Tabliq,Patonah. Mereka mesti Amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugas agar Agama Islam tidak dipandang rendah atau dipermainkan oleh bangsa&agama lain.
Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, sultan-sultan serta Ahli Dewan Negara Negeri Perak tidak sepatutnya menjadi PATUNG TIDAK BERNYAWA. Tidak mempunyai semangat, hati dan jiwa. Islam itu bersih,Harmoni.dan Bersikap Adil. Mereka mementingkan harta kuasa,dan wang ringgit sehingga tidak sedar telah menipu diri sendiri.
Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan yang ada tidak berani menjatuhkan hukuman pada orang yang ternyata telah melanggar undang-undang. Undang-undang yang ada digunakan pada pihak yang tidak berupaya . Adakah undang-undang yang wujud di dalam negara ini adalah UNDANG-UNDANG PALSU?
Adakah sultan-sultan yang wujud sekarang tidak berdaulat dan beragama ? Di bibir menyebut kalimah Allah tapi di hati kosong. Kita dapat saksi kan berbagai kerenah dan musibah yang telah berlaku di negara ini.
YM Raja Ahmad Nasir terasa sedih,pilu dan malu diatas sikap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan yang memerintah negeri masing-masing. TIDAK UBAH SEPERTI TUNGGUL KAYU. Dengan sendirinya telah menjatuhkan meruah institusi Raja-raja ,menjadi seorang PENAKUT,PENGECUT DAN TIDAK BERANI menegakkan KEBENARAN, bertanggungjawab dan bersikap adil mengikut undang-undang yang ada.
Mengikut undang-undang Atan Bin Hashim(Azlan Sultan Perak) seisi keluarga tidak layak mengguna nama RAJA. Mereka telah melakukan penipuan dan mesti di tarik balik nama raja.
Atan Bin Hashim tidak boleh bersemayam di Istana Iskandariah dan Istana Kinta. Kini mereka sekeluarga telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan menetap di sana. Bererti Negeri Perak TIADA BERSULTAN. Kedaulatan tidak ada pada diri beliau. Adakah Yang Dipertuan Agong dan sultan-slutan didalam negeri ini buta mata dan buta hati sehingga tidak mengenal kedaulatan seorang sultan yang sebenarnya.
YM Raja Ahmad Nasir amat kecewa dengan undang-undang yang ada. Segala bahan bukti, fakta yang dikemukakan tidak di ambil peduli. Haruskah atas perkara ini, rakyat jelata semua bangkit menghina pada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan juga sultan-sultan yang memerintah?
Tidakkah terasa malu dan hina. Dimana letaknya maruah seorang ketua agama di negara ini?
Adat istiadat, adat resam, adat beradap dan adab maruah telah dicemar sendiri oleh pihak atasan.
WASALAM
