Wednesday, July 4, 2012

Beranikah Menjawab Surat YM Raja Ahmad Nasir


Salam sejahtera pembaca blog, yang setia dan sabar menunggu kehadiran cerita selanjutnya.
YM Raja Ahmad Nasir telah mengutus surat watikah kepada Ahli Dewan Negara dan juga Seri Paduka Yang Dipertuan Agong ke(14). Malangnya tiada jawapan salam diterima. Bagaimana rakyat jelata atau masyarakat menghormati,maju atau berjaya menghidupkan agama bangsa dan negara sedangkan pihak atasan tidak berpegang teguh dan bertanggungjawab pada kata-kata dan janji.Undang-undang yang sedia ada dibuat oleh pihak tertentu tetapi tidak dipatuhi.
Disinilah kenyataan menyebut kalimah Allah hanya di bibir sahaja. Tidak ada langsung kata-kata dari kedua-dua pihak yang menyatakan Islam dan juga Umat Nabi Muhammad persuruh Allah lenyap begitu sahaja.
YM Raja Ahmad Nasir mengutuskan surat pada Seri Paduka Ynag Dipertuan Agong bertujuan menyampaikan mesej dan bahan-bahan bukti bahawa kebenaran beliau warisan kesultanan yang tulin.

Beliau pernah pergi malawat ke makam Sulatan Abdul Hamid di Alor Star(Makam DiRaja). Beliau telah mendapat sesuatu dimakan Almarhum Sultan Abdul Hamid dan ingin memepersembahkan barang yang tidak ternilai harganya. Ia bersangkutan dengan sejarah Kedah dan Siam. Adakah orang-orang dipihak Istana Negara tidak menyampaikan Surat YM pada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong atau sebaliknya. Adakah mereka mempunyai motif-motif tertentu?
Surat Watikah yang dikirim pada Ahli Dewan Negara dan juga Dato Pengelola Bijaya Diraja, memohon agar pihak Istana Negeri Perak mengemukakan pengesahan berlakunya perubahan fakta Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Perak bahagian ke2. Siapakah yang mengesahkan pertukaran Undang-undang perlembagaan Negeri Perak bahagian ke2? Tahun dan tarikhnya?Pembesar-pembesar istana, Ahli Dewan Negara lebih arif dengan Undang-undang yang ada di istana dan tahu asal usul Sultan Perak yang ada sekarang.
Kenapa mereka sanggup pecah Amanah dan menerima tawaran harta kebendaan duniawi?Tidakkah mereka merasa takut hukumAllah dan kesensaraan hidup bagi warisan mereka di muka bumi ini?Setelah ketiadan mereka. Mereka yang tidak bertanggungjawab itu mestilah bertaubat sebelum Allah Taala menjatuh hukum dan bala ke atas warisan mereka. Orang-orang jenis bergini lah yang menjatuhkan maruah dan martabat Bangsa,Agama dan Negara sedangkan rakyat jelata tahu perkara yang sebenar secara umum.
YM Raja Ahmad Nasir membuat satu mesej bukan mengikut emosi dan kehendak hati. Beliau melakukan mengikut faktor-faktor yang diamanatkan oleh almarhum datuknya. Beliau mendapat bahan bukti fakta Undang-undang yang wujud sekarang ini dengan petunjuk Allah kenyataan yang benar. Beliau adalah warisan tulin kesultanan negeri Perak.
Setelah beliau menuntut takhta kerajaan Negeri Perak barulah timbul pihak-pihak yang lain turut menuntut hak, Ini disebabkan bahan bukti dan fakta yang disiarkan oleh YM Raja Ahmad Nasir. Kenapa tidak sebelum ini mereka membuktikan sebagai mana YM Raja Ahmad Nasir kemukan. Tiada sebarang jawapan yang diterima dari pihak Ahli Dewan negara Negeri Perak Dato Ayob Bin Hashim, Dato Pengelola Bijaya Diraja begitu juga dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.


WASALLAM

2 comments:

  1. Tuan,

    Untuk pengetahuan Tuan, laman blog Tuan telah disekat oleh pihak ISP di Malaysia.

    Harap maklum

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Jelaslah disekat, Encik Ahmad Nasir tukang pengaku dipade penipu!

    ReplyDelete