Wednesday, September 26, 2012

Dimana Letaknya Generasi Melayu Akan Datang


Salam bahagia pada pembaca blog, YM Raja Ahmad Nasir. Kali ini YM Raja Ahmad Nasir memberitahu pembaca sekian bahawa beliau telah mengutuskan surat kepada Dato' Pengelola Bijaya Diraja dan Ahli Dewan Negara negeri Perak.Salinan kepada Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-raja,Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak. Kisahnya ialah perlembagaan Undang-undang bahagian kedua Negeri Perak telah dipinda. Ini adalah kali kedua surat yang dikirimkan kepada pihak Istana Negeri Perak dan yang berkaitan.

Pertanyaan Pengesahan bila tarikh dan tahun pindaan tersebut berlaku. Pihak Istana tidak dapat menjawab soalan tersebut. Ternyata pihak Istana bertanggungjawab dan tidak pegang pada amanah. Mereka memainkan peranan menipu rakyat jelata Negeri Perak berdasarkan kepada kepentingan diri mereka. Bagaimana Negeri hendak maju,makmur dan berdaulat. Bersumpah dengan kalimah Allah taat setia menjalankan tugas dan memegang amanah negeri tapi tidak dilaksanakan dengan baik. Maka rakyat menjadi miskin serta susah. Yang senang menjadi jutawan. Adakah ajaran Islam begitu? Adakah pegangan agama, Al Quran yang kita pandu selama ini sebegitu rupa? Bukankah pihak-pihak yang bertanggungjawab disesuatau bidang diberi amanah untuk menjaga tanah air yang berdaulat.
Orang melayu memohon tanah di atas nama Malay Rezab. Pajakan 99 tahun bangasa asing membeli tanah Malay Rezab dan hak kekal. Apa akan berlaku pada generasi muda melayu akan datang? Sekrang pula pekerja kerajaan , pencennya disambung hingga 60 tahun. Disini kita nampak perkara-perkara yang akan datang bala bencana pada orang kita. Apabila belum sampai umur 60 tahun dilakukan kesalahan atau kesilapan segala-gala nya akan hilang begitu sahaja tanpa dapat pencen. Anak-anak muda tiada pekerjaan dan dinyatakan malas bekerja dan harap pada pihak kerajaan sahaja. Pada mereka yang membuat undang-undang ini tidak betul menyusahkan masyarakat, negeri dan negara ini jadi kucar kacir.

YM harap pembaca sekian dapat memikirkan mesej yang disampaikan ini untuk masa yang panjang. Kita semua bukannya menongkat dunia. Meraka yang memegang kuasa ketika ini hanya mementingkan diri mereka dan generasi mereka sahaja. Mereka tidak fikirkan tentang masyarakat negara ini. Undang-undang diketepikan apatah lagi bab agama, hukum-hukum syarak terlalu jauh ketinggalan. Nama sahaja Islam tetapi sayang pemikiran mereka, jiwa dan hati bukan Islam. Hanya sebutan di bibir melaung-laung syahadah Islam. Ini lah yang memusnahkan negeri/ negara.

Siapakah yang sanggup menegakkan agama Islam kembali sebagai mana Rasulullah S.A.W bersusah payah memartabatkan syiar islam. Sultan sebagai pewaris Nabi tidak seperti sultan-sultan berdaulat dulu jadi penakut, pengecut apabila duduk bersenang lenang dengan wang dan kuasa yang ada. Apa yang mereka tahu tidak perlu bersusah payah tapi mereka lupa diri, amanah atau tanggungjawan dan kepimpinan pada rakyat jelata hilang begitu sahaja. Membaca teks yang telah siap mesej-mesejnya itu sahaja yang tahu tapi indah khabar dari rupa.

Pada sultan-sultan dan pihak yang tidak bertanggungjawab akan Allah balas di dunia atau akhirat. Perlantikan Sultan Negeri Perak semua rakyat jelata khususnya negeri perak telah tahu asal-usul beliau. Beliau berada di luar negara kerana sakit. Sepatutnya pihak Istana Negeri Perak mengumumkan atau mengwar-warkan keadaan beliau ketika ini. Tidakkah martabat dan maruah mereka telah menjatuhkan diri mereka sendiri. Itu adalah tanggungjawab pihak Istana.

Maklumat terbaru ada pihak musuh menggunakan orang-orang upahan untuk membunuh YM Raja Ahmad Nasir sama ada cara kasar ataupun halus. Cerita akan datang ada orang yang mahu menuntut hak waris sultan sedangkan beliau sendiri pernah menggunakan nama YM Raja Ahmad Nasir berjumpa seorang tauke meminta RM 50,000 atas tujuan dirinya sendiri.
Kemudian meminta bantuan daripada YM Raja Ahmad Nasir untuk menempah kalung dan cincin lambang Negeri Perak. Ada barangan pemberian YM digunakan sebagai bahan bukti sebagai pewaris Negeri Perak. Beliau melakukan pembohongan atau penipuan bagi barang-barang tertentu yang dikatakan dijumpai di Benting Beras Basah. Sedangkan pemergiannya ke Benting Beras Basah adalah mengikut YM Raja Ahmad Nasir beliau tidak berani bermalam di Benting Beras Basah.
Kita ikuti kisah selanjutnya bagi beberapa insan yang mengakui sebagai pewaris hak kerajaan Negeri Perak yang pernah mengikuti YM Raja Ahmad Nasir dan kemudian menuntut tahkta kerajaan Negeri Perak.

Sekian Wasalam