Wednesday, March 23, 2011

Para pembaca budiman,sekian lama Raja Ahmad Nasir tidak menyampaikan cerita oleh kerana kesibukan.

Raja Ahmad Nasir telah mengutus surat kepada Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung, Majlis Raja Raja tentang asal usul Sultan Perak sekarang, Azlan (Sultan Perak) atau Atan Bin Hashim. Beliau bukanlah anak kandung Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke-32) apatah lagi sedikit pun tiada keratin keturunan darah diraja. Dalam perkara ini, pihak yang berkenaan telah pun tahu disertakan dengan bahan bukti. Beliau adalah penjenayah penipuan Negara dan khusus Rakyat Negeri Perak. Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja yang bertanggungjawab mengarah beliau turun dari takhta atau mengenakan undang-undang. Rakyat Malaysia telah tahu cerita sebenar. Disini rakyat melihat undang-undang yang sedia ada adakah diperguna atau sebaliknya.

Pembaca budiman, Raja Ahmad Nasir menyambung cerita yang lepas kisah perlantikan Sultan dalam Negeri Perak dan peraturan. Kali ini Raja Ahmad Nasir menyampaikan peraturan Anak Raja Bergelar pula. Buku Adat Lembaga diterbitkan pada tahun 1934. Buku ini disusun semasa pemerintahan Paduka Seri Sultan Iskandar Shah.

1) Yang Amat Mulia Raja Di Hulu

2)Yang Amat Mulia Raja Di Darat

3)Yang Amat Mulia Raja Di Baruh

4)Yang Amat Mulia Raja Kecil Besar

5)Yang Amat Mulia Raja Kecil Sulong

6)Yang Mulia Raja Kecil Tengah

7) Yang Mulia Raja Kecil Muda

8)Yang Mulia Raja Kecil Bungsu

Pada tahun 1930an gelaran Raja Di Hulu,Raja Di Darat,Raja Di Baruh dan Raja Kecil Muda dikosongkan.Menurut catatan dalam" Royal Family and Chief" terdapat juga gelaran Raka kecil laki,tetapi tiada pula tercatat tugasnya dan gelaran ini walaupun pernah digunakan tetapi hilang dari susunan warisan negeri.Di awal abad ke 18,Raja kecil Muda merupakan tokoh terpenting dalam kerajaan negeri perak.Dari Misa Melayu (halaman 55) pernah juga dicatatkan wujudnya gelaran Raja Kecil Bongsu Muda.Sultan Iskandar Dzulkarnain melantik adindanya yang bongsu(Raja Ahmadin) sebagai Raja Kecil Bongsu,manakala Raja Ibrahim,Putera Raja Muda dikurniakan gelaran raja Kecil Bongsu Muda.

Pembaca Budiman,Raja Ahmad Nasir menyampaikan susunan Anak raja Bergelar ketika pemerintahan peduka Seri Sultan iskandar shah dan disambung di lain seri,Raja Ahmad Nasir menyampaikan lagi susunan anak Raja Bergelar Perlembagaan Negeri Perak pada tahun 1953 ketika pemerintahan Almarhum Sultan Yussuf.

Raja Ahmad Nasir amat kecewa dengan sikap pembesar Negeri Perak dan juga Ahli Dewan Negara yang tidak bertanggung jawab dan hanya pentingkan diri sendiri walaupun mereka tahu Azlan (Sultan Perak) atau Atan bin Hashim bukan warisan di raja.Di sinilah punca yang menjatuhkan martabat institusi raja raja serta Agama.Kedaulatan Sultan dipermainkan dan maruah digadai secara tidak langsung.Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung dan majlis raja raja mesti bersikap tegas dan menurunkan Azlan (Sultan Perak) atau Atan Bin Hashim turun dari tahta secepat mungkin.Wassalam.