Wednesday, March 23, 2011

Para pembaca budiman,sekian lama Raja Ahmad Nasir tidak menyampaikan cerita oleh kerana kesibukan.

Raja Ahmad Nasir telah mengutus surat kepada Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung, Majlis Raja Raja tentang asal usul Sultan Perak sekarang, Azlan (Sultan Perak) atau Atan Bin Hashim. Beliau bukanlah anak kandung Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke-32) apatah lagi sedikit pun tiada keratin keturunan darah diraja. Dalam perkara ini, pihak yang berkenaan telah pun tahu disertakan dengan bahan bukti. Beliau adalah penjenayah penipuan Negara dan khusus Rakyat Negeri Perak. Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja yang bertanggungjawab mengarah beliau turun dari takhta atau mengenakan undang-undang. Rakyat Malaysia telah tahu cerita sebenar. Disini rakyat melihat undang-undang yang sedia ada adakah diperguna atau sebaliknya.

Pembaca budiman, Raja Ahmad Nasir menyambung cerita yang lepas kisah perlantikan Sultan dalam Negeri Perak dan peraturan. Kali ini Raja Ahmad Nasir menyampaikan peraturan Anak Raja Bergelar pula. Buku Adat Lembaga diterbitkan pada tahun 1934. Buku ini disusun semasa pemerintahan Paduka Seri Sultan Iskandar Shah.

1) Yang Amat Mulia Raja Di Hulu

2)Yang Amat Mulia Raja Di Darat

3)Yang Amat Mulia Raja Di Baruh

4)Yang Amat Mulia Raja Kecil Besar

5)Yang Amat Mulia Raja Kecil Sulong

6)Yang Mulia Raja Kecil Tengah

7) Yang Mulia Raja Kecil Muda

8)Yang Mulia Raja Kecil Bungsu

Pada tahun 1930an gelaran Raja Di Hulu,Raja Di Darat,Raja Di Baruh dan Raja Kecil Muda dikosongkan.Menurut catatan dalam" Royal Family and Chief" terdapat juga gelaran Raka kecil laki,tetapi tiada pula tercatat tugasnya dan gelaran ini walaupun pernah digunakan tetapi hilang dari susunan warisan negeri.Di awal abad ke 18,Raja kecil Muda merupakan tokoh terpenting dalam kerajaan negeri perak.Dari Misa Melayu (halaman 55) pernah juga dicatatkan wujudnya gelaran Raja Kecil Bongsu Muda.Sultan Iskandar Dzulkarnain melantik adindanya yang bongsu(Raja Ahmadin) sebagai Raja Kecil Bongsu,manakala Raja Ibrahim,Putera Raja Muda dikurniakan gelaran raja Kecil Bongsu Muda.

Pembaca Budiman,Raja Ahmad Nasir menyampaikan susunan Anak raja Bergelar ketika pemerintahan peduka Seri Sultan iskandar shah dan disambung di lain seri,Raja Ahmad Nasir menyampaikan lagi susunan anak Raja Bergelar Perlembagaan Negeri Perak pada tahun 1953 ketika pemerintahan Almarhum Sultan Yussuf.

Raja Ahmad Nasir amat kecewa dengan sikap pembesar Negeri Perak dan juga Ahli Dewan Negara yang tidak bertanggung jawab dan hanya pentingkan diri sendiri walaupun mereka tahu Azlan (Sultan Perak) atau Atan bin Hashim bukan warisan di raja.Di sinilah punca yang menjatuhkan martabat institusi raja raja serta Agama.Kedaulatan Sultan dipermainkan dan maruah digadai secara tidak langsung.Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung dan majlis raja raja mesti bersikap tegas dan menurunkan Azlan (Sultan Perak) atau Atan Bin Hashim turun dari tahta secepat mungkin.Wassalam.

16 comments:

  1. masukan artikel by artikel ke tranungkite

    ReplyDelete
  2. Hmm.. Salasilah keturunan Siam Kedah kata mereka adalah waris mutlak Raja Malaysia. Sekarang ini pula, Raja Ahmad Nasir kata Sultan Azlan Shah adalah keturunan Raja Palsu.. Yang kat kelantan pula ada yang dakwa diri sebagai Sultan yg sah sampai Sultan Muhammad V murka.

    Kenapa la semua orang sibuk sangat nak jadi Raja??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklum je la, encik ahmad nasir sibuk pesta arak

      Delete
  3. radin87:
    yang hak xkan dpt mengganggu gugat yg batil..... bukan isu semua nak jadi raja sebenarnya,,, tp siapa yg benar2 berhak menjadi raja.....

    ReplyDelete
  4. azrul :
    sudah jelas lagi bersuluh kan siapa yg berhak menjadi raja sebenarnya? Sekarang ini tahta memang jelas dipegang oleh Sultan Azlan Shah. Jadi, kenapa mempersoalkan hak raja yg memerintah tanpa bukti2 yg kukuh?

    ReplyDelete
  5. radin: jgn terlalu mempercayai mata kasar anda.... kadang2 yg jelas itu x semuanya benar dan perlukan suluhan yg lebih 'hakikat'....

    ReplyDelete
  6. kalau ia adalah perjuangan menegakkan agama.. maka memang untuk memahami yg tersirat perlukan suluhan 'hakikat'..
    tapi, kalau perjuangan untuk tahta?
    tak semestinya yang tersirat itu benar.. dan tidak semestinya yang jelas dan nyata itu dusta.

    ReplyDelete
  7. jika yg tidak berhak memegang takhta adakah syiar agama akan tertegak...?? sedangkan raja adalah ketua agama Islam di negara ini?? raja dikatakan pewaris nabi?? dan jika menyuluh secara hakikat pastinya xkan ada persoalan lg siapa benar, siapa dusta, yg mana berfaedah dan yg mana sia2... kerana yg menyuluh secara hakikat adalah org yg terbuka hijabnya...wallahualam..

    ReplyDelete
  8. Jadi adakah yang tuntut itu benar-benar berhak? Adakah selepas tahta dituntut baru dapat hendak tegakkan syiar Islam? Tegakkan syiar Islam tidak perlu kepada tuntutan tahta. Kalau sebelum berada di atas tahta pun tidak dapat tegakkan syiar Islam, apa kelainan jika berada di atas tahta? Sama sahaja.

    Dan, jika seseorang itu telah ada disuluh hakikat dalam dirinya.. sudah tentulah dia tidak akan berjuang kepada benda yang sia-sia.

    ReplyDelete
  9. mcm sy ckp sebelum ini.... jika hijab sesorg dah di buka Allah dia tau mana yg berfaedah, mana yg sia2,xperlu persoalan... ok la, x perlu kita bicara tentang hakikat jika taraf kita cuma syariat... kita bercakap tentang logik akal... mengapakah Sultan sekarang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Raja Ahmad Nasir diatas segala tuduhan 'sia-sia' beliau...? Bukan kecik anak tuduhan Raja Ahmad Nasir ni....Berapa ramai pekerja yg pernah bekerja di Istana atau majlis2 Istana yang hormat kepada Azlan...kalo yg ditunjukkan didepan Azlan adalah hormat dan taat,,,, mengapa mereka menurunkan tgn ketika doa solat Jumaat, ketika nama Azlan disebut??? inikah yg dikatakan sebagai raja berdaulat??? berapa bnyk tanah dan pulau tergadai atas nama dan kuasa Istana sepannjang Azlan memerintah????inikah tanda syiar Islam tertegak sepanjan Sultan Azlan memerintah??? ini semua bukan tuduhan melulu... hanya luahan org yg mengalami dan melihat secara dekat...
    akhir kalam... jika ditakdirkan Allah, Raja Ahmad naik takhta, adakah Radin akan taat kepada beliau atau akan berjuang mencari 'kebenaran' bg pihak Sultan Azlan???
    salam

    ReplyDelete
  10. Kalau diambil dengan hanya faktor.. Kenapa Sultan Azlan tidak ambil tindakan akan tindakan Raja Ahmad Nasir, itu hanya sekadar alasan. Padahal sebelum ini pun Sultan Azlan tidak mengambil tindakan terhadap penentangnya ketika isu Menteri Besar Perak sedang hangat. Itu terserah kepada gaya pemerintahan baginda. Kalau kita lihat, Sultan Muhammad V di Kelantan sudah secara terbuka murka kepada pihak keturunan Long Yunus menuntut tahta Kelantan. Mungkin esok lusa, Raja Ahmad Nasir pula??

    Lagipun, kalau ditakdirkan Raja Ahmad Nasir naik tahta kerajaan sebagai Sultan Perak.. saya penulis Radin's Blog dengan rela hati menumpahkan taat setia kepada baginda..
    Saya ulang.. KALAU..

    Sekarang yang berada di atas tahta adalah Sultan Azlan Shah.. jadi.. saya memihak kepada Sultan Azlan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beta bersumpah, apabila Raja Ahmad Nasir ditabal naik takhta sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan, beta akan rubuhkan Kuala Kangsar rata dengan tanah

      Delete
  11. Alhamdulllillah jika begitu...saya amat yakin itu juga yg diharapkan oleh Raja Ahmad Nasir 'kalau' beliau ditakdirkan naik takhta... rasanya beliau tidak mengharapkan sesiapa menyertai perjuangan 'sia-sia' beliau...cukup pengakuan taat setia jika perjuangan beliau berjaya....

    oh ya... saya ada melawat blog anda... rasanya anda amat mahir tentang sejarah kesultanan di Tanah Melayu ini... mohon bantuan jika saudara ada bahan/artikel tentang kesultanan Patani dan hubung kaitnya dgn raja2 melayu yg ada sekarang (jika ada kaitan la)... boleh emailkan ke azrul_ridzwan@yahoo.com ...untuk rujukan dan bahan kajian...
    salam.

    ReplyDelete
  12. Kesultanan Patani memang ada kaitan rapat dengan Raja-raja Melayu di Malaysia, terutamanya dengan Kesultanan Kelantan. Nama sebenar Patani adalah Kesultanan Patani Darul Makrif.

    Insya-Allah di masa akan datang saya akan cuba masukkan artikel berkaitan Kesultanan Patani.

    ReplyDelete
  13. Adakah semua akan terjawab.. sekiranya kuasa politik negara bertukar suatu hari nanti? Rakyat dh muak dgn situasi skrg..tidak mahu dperbodohkan2 lg.Jika Benar apa yg didakwa.

    ReplyDelete
  14. Apa nama penuh YM Raja Ahmad Nasir bin ? tak jumpa pula salasilah atau sekurang-kurangnya nama bapanya diikuti nama datuknya.

    ReplyDelete