Saturday, May 15, 2010

BUKTI KUKUH

Bukti Kukuh :
- Almarhum Sultan Yusuf telah menceraikan Toh Puan Khatijah pada tahun 1925.
- Raja Azlan dilahirkan pada tahun 1928.
- Jarak penceraian 3 tahun baru Raja Azlan dilahirkan.
- Siapa ibu bapa kandung beliau........?
- Anak apa.........?
- Beliau mesti turun tahta Kerajaan Negeri Perak.
- Penipuan yang dilakukan memalukan instituasi Raja-Raja Melayu.





Assalamualaikum.
Para pembaca yang sedang menanti kehadiran cerita terbaru dari Raja Ahmad Nasir.
Cerita ini bukan unsur penghasut tetapi kenyataan yang BENAR berlaku di dalam Negeri Perak pada masa kini.
Y.M Raja Ahmad Nasir telah mengutuskan pada pihak atasan seperti Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong.

Pemangku Yang DiPertuan Agong
Majlis Raja-Raja
Perdana Menteri Malaysia
Peguam Negara Malaysia
Ketua Polis Negara
Ketua Polis Perak
Bekas Menteri Besar Perak
Menteri Besar Baru Perak
Mufti Negeri Perak
Ahli Dewan Negara
Raja Muda Perak
Panglima Angkatan Tentera Darat, Laut, Dan Udara.
Sultan Perak

Pihak media Utusan Malaysia, semuanya telah mengetahui cerita SEBENAR yang disampaikan oleh Raja Ahmad Nasir.

Kisah Raja Ahmad Nasir menuntut HAK dan juga Siapakah Raja memerintah Negeri Perak ketika ini? Segala bahan bukti akan dimasukkan di dalam blog. Bukti yang sebenarnya dan juga salasilah yang telah diputar belitkan. Dengan itu ramai Ahli Dewan Negara bersekutu dengan Raja Memerintah Perak oleh kerana masing-masing mendapat sebuah darjat, pangkat, kuasa dan wang.

Raja memerintah Perak tersurat/tersirat di dalam hatinya satu empayar baru di atas nama keluarganya sendiri . Beliau cuba menyingkirkan warisan Sultan yang ke 18 dan juga Sultan Pertama. Ada juga warisan cuba menentang, membuat aduan kepada pihak polis tetapi malangnya mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh menjatuhkan Raja Memerintah Negeri Perak yang ada sekarang ini.

Dan kenyataan bagi Sultan-Sultan yang ada sekarang di Negara ini, Di manakah letaknya KEADILAN. Di manakah letaknya WARISAN NABI yang bertanggungjawab memegang AMANAH, undang-undang dunia dan akhirat.

Kenyataan bersurat dengan bahan bukti, salinan salasilah yang terdapat di dalam buku-buku. Kenapa sehingga kini tiada tindakan yang diambil di atas kesalahan penipuan seorang raja memerintah terhadap rakyat jelata terutama di Negeri Perak. Kenapa Pihak Berkuasa, apabila pihak bawahan melakukan kesilapan begitu cepat mengambil tindakan dan menjatuhkan hukuman?

Raja Ahmad Nasir berjanji dengan Nama Allah selagi masih bernafas dan bergerak, Raja Ahmad Nasir akan perjuangkan HAK WARISAN sehingga akhir hayat. Raja Ahmad Nasir tidak akan HALALKAN di dunia dan akhhirat walau sesen pun yang dimakan oleh Raja memerintah sekarang. Selagi beliau tidak menyerahkan pada pihak warisan yang berhak.

Sekiranya Raja Ahmad Nasir meninggal dunia maka di akhirat akan dituntut pada pihak yang bertanggungjawab seperti Mufti Negeri Perak, Ahli Dewan Negara dan Raja Memerintah seisi keluarga.

Semasa pertabalan Almarhum Sultan Yusuf pada 16hb April 1949 halaman 7 di sini ternyata menyebut anakanda beliau Raja Ekram dilantik sebagai Raja Kecil Muda. Dan rujuk salasilah waris takhta kerajaan Negeri Perak 1916-1985, Kenyataan disini nyata TIDAK BETUL. Raja Ekram dilantik Raja Kecil Bongsu (halaman 171 Cempaka Sari). Disertakan sekali salasilah 1949 (Genealogical Table Of Tehe Royal House Of Perak) dan juga gambar jawatan Anak Raja Bergelar (halaman 43).

Ketika Almarhum Sultan Idris memerintah pada tahun 1963 Almarhum melantikkan 2 puteranya Raja Izzuddin Iskandar Shah sebagai Raja Kecil Sulong dan Raja Iskandar Dzulkarnain sebagai Raja Kecil Bongsu.

Dan Raja Iskandar Dzulkarnain dilantik Raja Kecil Bongsu ketika pemerintahan Raja Azlan. Dalam salasilah yang sama Raja Kecil Tengah mempunyai dua penama. Di sinilah berlakunya penipuan terhadap rakyat Negeri Perak. Siapakah Ahli Dewan Negara melantik beliau (Sultan Azlan ) Raja Kecil Tengah pada tahun 1963 sedangkan beliau BUKAN keturunan darah Raja, mahu pun warisan Raja.

1) Kenapa dan mengapa beliau TIDAK BOLEH menginap di Istana Iskandariah
di Bukit Chandan?
2) Kenapa beliau melalui pintu masuk bahagian belakang?
3) Kenapa beliau tidak mengikut adat istiadat pertabalan institusi Raja-Raja.
4) Kenapa barang-barang kebesaran DiRaja ditempah baru. Dan di mana barang
kebesaran yang lama?
5) Kenapa beliau tidak berani ke Beting Beras Basah?
6) Kenapa seisi keluarga Raja Memerintah menetap (bermastautin) di Kuala
Lumpur?

Wahai pembaca yang bijak pandai cuba teliti, nilaikan kembali adakah itu dikatakan Sultan Berdaulat sedang beliau sendiri tidak berani berdepan dengan KEBENARAN. Oleh kerana tamak, haloba, gila pangkat, kuasa hingga lupa diri siapakah beliau yang sebenarnya.

Seharusnya beliau terasa MALU di atas perbuatan beliau kerana telah menipu rakyat Negeri Perak. Di sini ingin Raja Ahmad Nasir jelaskan buktinya terdapat di dalam salasilah The Royal Family Of South East Asia, bahawa Almarhum Sultan Yusuf telah menceraikan Toh Puan Khadijah pada tahun 1925. Sultan Azlan dilahirkan pada tahun 1928. Jarak penceraian itu adalah 3 tahun, baru Sultan Azlan dilahirkan. Anak siapakah beliau sebenarnya? Siapakah ibu bapa kandung beliau yang sebenarnya?
Raja Ahmad Nasir mengharap para pembaca sekalian teliti dan memahami kata-kata yang sebenar warisan yang berdaulat tidak akan gentar walau apa pun terjadi tetapi seorang yang BUKAN berdarah Raja apatah lagi warisan raja hanya di bawah jagaan bekas seorang isteri Sultan dan duduk sebumbung dengan anak Raja yang dijaga (dipelihara) oleh Toh Puan Khadijah sanggup MENIPU, MEMUTAR BELIT dan MELAKUKAN MUSLIHAT dengan Ahli Dewan Negara untuk merampas takhta Kerajaan Negeri Perak.
Raja Baharom yang dijaga oleh Toh Puan Khadijah bukanlah abang kandungnya yang sebenar.

Sekian berakhir di sini buat sementara.