Sunday, February 24, 2013

Maaf kepada pembaca blog dan pihak yang mengguna pakai nama YM raja Ahmad Nasir .  Dengan kesempatan ini ada juga pihak yang cuba mendapatkan sesuatu daripada YM Raja Ahmad Nasir . Beliau mengaku sebagai pengkaji sejarah dunia yang mempunyai sijil PHP dan juga sebagai Kerabat di Istana . 

   Beliau meminta salasilah , alat-alat kebesaran Negeri Perak dan salasilah Kesultanan dari Sultan Muzzafar Sah (I) hingga Sultan Perak Sultan Azlan Shah . Kenyataan sebenar Sultan Azlan Shah dilahirkan pada tahun 1928 dan dikataklan bonda Toh Puan Khatijah telah diceraikan pada tahun1925 .  Salasilah tersebut telah pun mendapat pengesahan dan dicop oleh pihak polis .  Bahan bukti telah diphotostat dan diambil daripada YM Raja Ahmad Nasir . 

   Hasrat beliau seisi keluarga untuk ke Benting Beras Basah ditunaikan oleh YM Raja Ahmad Nasir diatas keikhlasan YM Raja Ahmad Nasir ,  Beliau telah mengambil kesempatan menggunakn seorang tauliah berbangsa cina untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak .  Diatas tiket nama YM Raja Ahmad Nasir .  Sedangkan perkara tersebut tidak diketahui langsung oleh YM Raja Ahmad Nasir . 

    Di Beting Beras Basah beliau seisi keluarga dan pengikut pengikutnyabermalam di Homestay .  YM Raja Ahmad Nasir & keluarga bermalam di Benting Beras  , Apa yang dijanji dan dirancang di Benting Beras Basah tidak dilaksanakan dengan baik . Ketika waktu siang beliau mengambil gambar di Benting Tepi dan di Benting Tengah ketika diatas bot seolah - olahnya pewaris Sultan .

    YM Raja Ahmad Nasir telah berdailog dengan beliau sekembalinya dari Benting Beras Basah .  Beliau tidak dapat berkata apa-apa dan suka memburukkan orang lain seolah-olah beliau yang sebenarnya pewaris di Raja Negeri Perak .

Mungkin terasa malu ,  beliau sehingga kini tidak lagi bertemu dengan YM Raja Ahmad Nasir . 


WASALAM