Monday, July 30, 2012

Tanggungjawab Seri Paduka Yang Dipertuan Agong & Perdana Menteri.Buktikan Hak Yang Sebenar Dengan Adil



Salam sejahtera,Di bulan ramadhan ini YM Raja Ahmad Nasir mengucapkan Selamat Berpuasa bagi seluruh umat Islam di dunia. Hari Raya Aidilfitri akan menjelang. Beringat-ingatlah pada insan yang tidak mempunyai kemampuan. Marilah kita beramai-ramai memohon doa kehadrat Allah agar semua umat Nabi Muhammad S.A.W dapat meraikan dengan aman bahagia.
Pembaca yang setia YM Raja Ahmad Nasir menyampaikan cerita berdaasarkan kebenaran bukan direka. Ada dikalangan yang datang menemui YM Raja Ahmad Nasir bertanya tentang salasilah keturunan. Begitu juga dengan cerita yang ditulis dalam blog. Ramai juga yang menyokong dan memberi sokongan padu. Terima kasih diucapkan sama-samalah kita berdoa pada Allah Taala semoga dimakbulkan segala cerita , bukti ,dan kenyataan yang benar agar wasiat , Amanat yang telah diamanahkan kepada YM Raja Ahmad Nasir dipercepatkan serta diperkenankan oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong,Ahli Dewan Negara(Negeri Perak) dan Ahli Majlis Raja-Raja.
Pihak berkuasa bahagian penyiasatan(polis) telah mengesahkan keaslian segala bahan bukti berkenaan dan telah pun dikemukakan pada Ketua Polis Negara ,Seri Paduka Yang Dipertuan Agong,Majlis Raja-Raja dan juga Ahli Dewan Negara. Oleh kerana kebenaran itu beliau bebas. Kalau mengikut kesalahan sudah lama ditangkap pihak berkuasa (Polis). Timbul satu kemuskilan orang yang tidak berhak dan bersalah tidak ditangkap & dihukum. Rakyat jelata rasa tidak puas hati. Undang-undang sedia ada tidak diguna dengan adil . .Kenyataan menunjukan rakyat Malaysia ini bukannya buta, bodoh dan lupa. Apa yang berlaku didalam negara ini, Samada Institusi Raja-Raja mahupun politik hanya mementingkan diri sendiri bukan membantu tapi menyusahkan lagi rakyat jelata.
Tak ubah seperti jari menunjuk kelingking berkait atau pun lebih kuah dari sudu. Dengan erti kata lain, Pihak politik lebih berkuasa dari Yang Dipertuan Agong, Menteri Besar lebih berkuasa dari Sultan. Disinilah punca gejala yang buruk berlaku.
Kedaulatan Sultan dipersendakan, Islam dipermainkan, Al-Quran diperolok-olokan. Lafaz dibibir dengan kalimah Allah tidak ditunaikan kerana itu mala petaka dan musibah melanda keatas negara kita ini.Siapa yang harus dipersalahkan?Dimana yang dikatakan waris Sultan yang memegang pada Agama Islam serta membimbing orang bawahan kepada jalan yang benar disisi Allah?Al-Quran dan hadis sebagai panduan membentuk manusia dan negara ini menjadi Aman dan Damai. Tindak tanduk dan kelakuan pihak atasan yang bertanggungjawab menghuru harakan keadaan. Banyak tipu muslihat dibuat tak ubah seperti kaum Yahudi.
Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan agar negara ini menjadi Aman makmur dan berdaulat serta maju jaya. Yang berhak kembali kepada yang hak. Yang hak kembali kepada ampunya baru lah. Timbul kesahjeteraan rakyat negara ini. .

Baru-baru ini satu kejadian yang benar-benar berlaku pada keluarga YM Raja Ahmad Nasir. Pada ketika itu beliau keluar dari negeri Perak oleh kerana urusan tertentu. Ada hamba Allah telah pergi kesekolah Anakanda YM Raja Ahmad Nasir dan mengaku ayah kepada ankanda beliau dia cuba membawa keluar dari sekolah tersebut. Akan tetapi Guru Kelas mandapati anakanda YM Raja Ahmad Nasir tidak hadir ke sekolah pada hari itu disebabkan kurang sihat. Guru Besar dan guru kelas telah menghubungi isteri YM Raja Ahmad Nasir tentang kehadiran hamba Allah yang mengaku ayah. Isteri YM Raja Ahmad Nasir menyatakan ankanda ada bersamanya dan suami berada di luar negeri Perak. Isteri YM Raja Ahamd nasir lantas menghubungi YM. YM Raja Ahmad Nasir terus menghubungi pihak sekolah terbabit.
YM Raja Ahmad Nasir mengucapkan terima kasih pada pihak sekolah kerana bertanggungjawab dan mengambil berat tentang anakanda beliau.
WASALAM

2 comments:

  1. Entri yang terbaru ? saya menantikan kebenaran

    ReplyDelete
  2. Saya percaya byk penipuan dlm ngra..xdidedahkan yg sbenar..contoh dlm berita lain.yg sbnar lain..rakyat beban.kos makin tinggi...yg susah ni nak wat camner..

    ReplyDelete