Sunday, December 26, 2010

Assalammualaikum,

Pembaca yang setia, kali ini YM Raja Ahmad Nasir menyampaikan cerita perlantikkan sultan di dalam negeri Perak. Perlantikkan Sultan di Negeri Perak ini adalah unik dan juga Anak Raja Bergelar ketika dahulu. Ia dikatakan unuk kerana dikatakan memiliki sistem giliran seperti mana yang disebut diawal abad ini. Namun demikian elok juga dikaji hakikat dari segi penguatkuasaanya. Jika mengikut Adat Perlembagaan sistem giliran itu ditetapkan syaratnya seperti berikut :-

  1. Dipilih Keturunan daripada lain-lain sultan di dalam negeri yang baik akal bicara budi bahasa lagi patut.
  2. Pilihan ini mahulah mengandungi 3 putera almarhum dan yang ke -4 itu balik kepada putera sultan yang sedang memerintah. Umpamanya 3 sultan yang sudah mangkat, almarhum nombor 1,2 dan 3.

a) Sultan yang memerintah sekarang putera almarhum nombor 2.

b) Raja Muda putera almarhum nombor satu.

c) Raja Bendahara putera almarhum nombor tiga.

d) Raja Dihilir balik kepada putera sultan yang memerintah.

Maka daripada ini yang dikatakan waris-waris negeri itu bukanlah keturunan raja yang sedang memerintah melainkan sekian anak-anak raja yang ada hak pada negeri. Bakal Raja dan Raja Bergelar yang ada pada masa ini adalah terdiri dari keturunan sultan Perak ke-18 iaitu Sultan Ahmadin (Marhum Bongsu) dari Permaisuri Baginda (Isteri Pertama) yang pertama iaitu Toh, Puan Puteh Binti Laksamana, Kuala Bidor. Hasil dari perkongsian hidupnya baginda mendapat Raja Abdul Malik yang kemudiannya mewarisi takhta sebagai Sultan Perak ke-19. Sultan Abdul Malik Mansor Shah mempunyai 2 orang putera iaitu Raja Abdullah yang mewarisi takhta selepas Sultan Abdul Malik. Seorang lagi putera Sultan Abdul Malik ialah Raja Ahmad. Raja Abdullah (Sultan Abdullah Muazzam Shah) Sultan Perak ke-20 tidak mempunyai putera.

Disini YM Raja Ahmad Nasir bahawa warisan beliau adalah dari warisan Toh Puan Puteh yang bernikah dengan Sultan Ahmaddin Syah (Sultan ke-18) iaitu opah beliau adalah cucu kepada Sultan Abdullah Muazzam Shah (Sultan ke-20) yang bernama Siti Aminah bernikah dengan Raja Uda Samsuddin. Raja Uda Samsuddin adalah kepada Raja Kulop Muhammad. Bonda beliau bernama Raja Sopiah binti Raja Ibrahim dengan erti kata lain opah dan datuk YM Raja Ahmad Nasir adalah dari satu warisan (satu rumpun). Ternyatalah YM Raja Ahmad Nasir memang warisan berdaulat dibandingkan dengan Azlan (Sultan Perak). Memang jauh sekali, oleh kerana Azlan (Sultan Perak), bonda beliau adalah keturunan daripada siam dan bapa kandungnya iaitu Hashim hanya sebagai pekerja Istana. Oleh sebab bekas isteri Almarhum Sultan Yusuf telah mengambil Azlan (Sultan Perak) sebagai anak angkat kemudian ditukarkan nama yang asal kepada “RAJA AZLAN” dan dibinkan kepada Almarhum Sultan Yusuf. Kenyataan disinilah Azlan (Sultan Perak) mengambil kesempatan dan berpakat dengan pihak tertentu untuk melantik beliau warisan Raja. Sedangkan Azlan (Sultan Perak) yang langsung tiada kena-mengena darah keturunanatau anak kandung kepada Almarhum Sultan Yusuf.

Pihak yang melantik Azlan (Sultan Perak) sebagai Sultan di Negeri ini adalah tidak sah. Disinilah puncanya Negeri Perak tidak maju disebabkan Sultan yang tidak berdaulat dan beliau juga cuba mengubah Institusi Raja-Raja Negeri Perak berdasarkan beliau cuba mengubah kedudukan pertadbiran di Negeri Perak. Azlan (Sultan Perak) telah melanggar peraturan Undang-Undang perlantikkan bakal Raja dan Anak Raja bergelar dinaikkan nama untuk memecahkan warisan tertua, disingkir dan tidak mengambil peduli hak orang lain. Tetapi nyata apabila warisan tersebut jadi kerabat diraja tidak boleh menjadi Sultan. Beliau hanya mahu pewaris-pewaris beliau sahaja memegang takhta Kerajaan Negeri Perak.

Sinar Harian, Rabu 8 Disember 2010, 2 Muharam 1431. Bertajuk “DERHAKA KEPADA BANGSA” diucap oleh Azlan (Sultan Perak) bertitah merasmikan sambutan Maal Hijrah 1431 peringkat Negeri di Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar (Perak). Di muka surat 4, (NA) Nasional Jangan ‘ Curah air di tempayan ‘.

1. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, lalu berdapang di tanah air sendiri. Laksana ayam kelaparan dikepuk, itik kehausan di air.

2. Wasiat Raja-Raja Melayu yang bersemayam di takhta pemerintahan mewarisi tanggungjawab kepada agama dan kaum adalah menjadi tanggungjawab Raja-Raja Melayu bersama umat Islam mempertahankan segala hak dan keistimewaan Islam dan orang Melayu.

  1. Titah baginda amat malang kepada agama dan kaum, apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah oleh pihak tertentu.

  1. Orang melayu kemudian hari dipinggirkan dibumi sendiri dan Islam sebagai satu pegangan serpihan.

  1. Sedarilah segala keistimewaan dimiliki umat Islam dinegara ini hasil daripada pemikiran, rumusan secara strategik untuk memastikan umat Islam sentiasa dilindungi dan aktiviti Islam dapat dikembang, diberi hak mendapat pembiayaan negara.

6. Keistimewaan diperolehi melalui hasil persepakatan dan penyatuan dari segi prinsip perjuangan dan suara tuntutan umat Islam dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, di maktubkan dalam perlembagaan Persekutuan. Percapaian itu melambangkan satu perjuangan asa yang kudus lagi suci. Meletakkan Islam Martabat yang tinggi dan melindungi umat daripada sebarang usaha pemesongan.

Para pembaca yang setia, ucapan yang disampaikan Azlan (Sultan Perak) Maal Hijrah 1432 di Kolej Islam Kuala Kangsar menunjukkan beliau adalah bertopengkan Agama sedangkan beliau sendiri menderhaka kepada bangsa, agama dan kaum sendiri. Malah memalukan Institusi Raja- Raja Negara ini dan Raja- Raja Negeri Perak. Mengikut Perlembagaan Negeri Perak , mengikut giliran bukan untuk keluarga sendiri. Sebagai Permaisusi orang kebanyakkan digunakan Toh Puan bukannya nama Raja, sikap dan perbuatan beliau tidak mengikut lunas Islam, dalam Istana pun ada minuman keras (arak) dan banyak lagi perkara yang bercanggah dengan Islam. Beliau bukan keturunan Raja atau berdarah Raja. Kalau benar beliau mengikut Ajaran Islam, Beliau wajib turun dari takhta Kerajaan Negeri Perak dan serah pada yang berhak.

Sehingga ketemui lagi di lain masa.

Sekian.

20 comments:

  1. salam... sy mengikuti rapat perkembangan kisah takhta kesultanan negeri Perak ini,semoga apa yg diperjuangkan mendapat bantuan dan pekenan Illahi.... insyaallah... akan lebih banyak misteri dan rahsia kedaulatan kesultanan Perak akan terungkai sedikit masa lg apabila sampai masa yg diizinkan Allah... salam...

    ReplyDelete
  2. kata2 perjuangan itu memberi ransang agar allah mustajap dengan doa dari saudara yang budiman lagi pekerti tinggi.wasalam

    ReplyDelete
  3. ko lagi sesat, orang islam tak maju sebab mereka malas, bukan sebab takde raja yang berdaulat.

    dah gile kuasa tu memang.

    ko tengok sultan dari negeri mana yg takde rakyatnye minta sedekah? Padahal istana gah mewah. Kalau nak ikut rasional engkau, semua raja melayu ni tak berdaulat, topeng je, makan harta rakyat.

    Dah bosan la dengan raja2 ni. Ko bukan orang pertama mengaku raja ni.

    nk kaya? pergi kerja, duk mengaku takhta takde faedah langsung.

    Dalam quran pun takde cakap suruh beraja. Pemimpin sudah.

    Mengarut sistem beraja ni. Suatu hari nanti kami akan mansuhkan sistem beraja yg takde faedah ni.

    dah 50 tahun merdeka, org melayu duk merana begitu ja. Nilah sultan ada, tapi haram tak buat apa. bodoh punya raja2 melayu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.
    saya adalah keturunan mandasalam.
    saya tak pasti akan kebenaran kata2 YM raja ahmad.cuma dr sudut logik saya melihat,kenapa tiada tindakan diambil ke atas YM raja ahmad seandainya apa yg YM raja ahmad perjuangkan ini adalah dusta semata2?lihat saja nasib raja petra,ataupun raja norjan...kerana apa yg disuarakan oleh YM raja ahmad ni bknlah perkara enteng,sedangkan karpal singh turut menghadapi dakwaan menderhaka kpd sultan hanya kerana kata2nya yg xseberapa jika dibandingkan dgn tuntutan YM raja ahmad.jadi,fikir2kanlah..

    RAZGRIZ

    ReplyDelete
  6. saudara otto... rahsia Allah terlalu luas utk dan xkan tercapai dek akal manusia...Allah berkuasa membuka sedikit rahsianya kepada sesiapa yg dikehendakinya.... jgn terlalu percaya dgn mata kasar anda... salam

    ReplyDelete
  7. trima kasih atas sokongan dan prihatin.teruskan mengikuti pekembangan berikut yang kan datng.wasalam.

    ReplyDelete
  8. Terima sahaja lah hakikat yang Sultan Perak yang memerintah sekarang adalah Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf.

    Kalau benarlah apa yg dikatakan oleh Raja Ahmad Nasir, maka sudah pastilah akan datang balasan dari Allah.
    Tapi kalau iainya dusta, ia adalah fitnah kepada Sultan yang memerintah.

    Sebab itulah sampai sekarang Melayu tidak maju-maju. Berebut pada perkara yang sia-sia.. Wanita, Harta, Tahta...

    ReplyDelete
  9. asalamualaikum,adakah anda kenal rapat dengan sultan azlan(atan bin hasim)tahu ke tempat kelahiran dia pernah kah anda bersua tahu kah anda berape ramaikah anak kandung almarhum sultan yusuf dan berape kah isteri beliau?tahun bila kah toh puan khadijah di cerai kan dan tahun bile atan bin hasim (sultan azlan)dilahirkan?beranikah anda menjemput azlan atau atan bin hasim bersama saya ke benting beras basah lafas ikrar sumpahan dengan nama allah diatas kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sudah ke beting beras basah sebelum pakcik cakap di blog ini

      Delete
  10. Sama ada saya tahu atau tidak, saya berani atau tidak.. adakah itu tanggungjawab saya? Daripada saya jaga Kerabat Diraja Perak, adalah lebih baik saya jaga keturunan saya sendiri iaitu Kerabat Diraja Jambi. Kami pun dah kehilangan tahta, tapi takder pun sibuk2 nk rampas balik tahta.

    Lagipun, di zaman moden ini.. setakat panggil ke Beting Beras Basah tidak cukup. Setakat ada pasir dengan air laut. Pergilah amik DNA Sultan Azlan dan tengok, adakah ia sama dengan keturunan Sultan Yusuf. Barulah bukti kukuh.

    Tapi, itu terserah kepada Raja Ahmad Nasir sendiri. Kalau mahu juga tuntut tahta, pergilah. Saya x kuasa nk jaga rumah dan tangga orang lain. Kalau Raja Ahmad Nasir berjaya naik tahta sebagai Sultan Perak, saya penulis Radin's Blog dengan rela hati taat setia kepada Raja Ahmad Nasir..

    Kalau laa dapat.. sekarang yang ada atas tahta adalah Sultan Azlan. Fikir-fikirla sendiri.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.buat apa cakap besar kalau diri xkenal diri.jaga maruah jaga diri.wasalam..

    ReplyDelete
  12. Tidak baik membesarkan diri di bumi Tuhan ini. Nama pun Hamba Allah, jadi, berperangailah seperti seorang hamba.

    ReplyDelete
  13. SAYA DARI KETURUNAN TUN SABAN DAN TOK TEMONG BAGAIMANA PULA? MENJEMPUT RAJA PERTAMA MEMERINTAH NEGERI PERAK ?

    ReplyDelete
  14. salam YM Raja Ahmad, saya Dzulkarnain Taib, editor suara keadilan, sebagai rakyat perak patik amat berminat untuk berbincang dengan lebih lanjut dengan pak engku berkaitan isu yang dibincangkan dalam blog. saya boleh dihubungi pada talian 019 221 6486, tk.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..sya tertarik dgn apa yg beliau sampaikan...memang benar apa yg beliau sampaikan..??tetapi apa yang saya boleh katakan lagi..waris perak ada lagi sebenarnya. akan diberitahu dikemudian hari...dan assalamualaikum

    ReplyDelete