Assalammualaikum
YM Raja Ahmad Nasir mengucapkan Selamat Berpuasa, Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 53 dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Al-Fatihah.
Pada bulan puasa ini adakah penyampaian cerita, bahan-bahan yang dimasukkan dalam blog tidak mempunyai erti kepada yang membaca blog.Sekiranya Negara ini mempunyai orang yang selalu suka merendahkan Hak yang benar diatas kenyataan yang tulen, dimanakah letaknya tempat untuk mengadu atau menyampaikan mesej yang sebenarnya.
Di Negara kita ini mempunyai Rukun Negara:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan Undang-Undang.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan.
Adakah benar-benar kelima-lima Rukun Negara itu diguna pakai atau sebagai satu simbol untuk memperbodohkan masyarakat di Negara ini sahaja. Kenyataannya Seri Paduka Yang Dipertuan agong adalah Pemerintah di Negara ini. Kalau dilihat, adakah benar sebagai Pemerintah dari segi pentadbirannya, negara ini memegang Amanah allah yang dipertanggung jawabkan kepada beliau. Bagaimana pula Perdana Menteri Malaysia yang menguasai segala-galannya, tak ubah seperti lebih kuah dari sudu.
Di sinilah satu-satu kenyataan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tak ubah seperti patung. Ini bererti Rukun Negara Ke-2 tidak diguna pakai. Ternyatalah Kedaulatan sebagai pemegang jawatan tersebut tiada maknanya dan menjadi sia-sia. Surat- surat yang dikirim oleh YM Raja Ahmad Nasir kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah dicampur tangan oleh pihak ke 3. Sebagai contoh berlakunya perselisihan faham diantara Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat iaitu Dato Nizar dengan dato Zambry. Sepatutnya Sultan Perak yang memainkan peranan bertanggung jawab ke atas pemilihan menteri Besar dengan bijaksana. Oleh kerana ada pihak ke 3 yang mengunakan Racun Madad untuk jadikan suasana tegang dan Pertabalan tidak adil disebabkan kekuasaan Wang Ringgit, Kedudukan dan kenyataan palsu bagi orang yang tidak bertanggungjawab.
Di sini jelas rukun Negara yang menjadi satu-satunya Rukun yang disebarkan agar masyarakat atau rakyat mengikut peraturan. Peraturan apakah itu? Undang-undang mana yang di ikut? Kenyataan yang BENAR di tolak. Di sinilah puncanya Nampak oleh kerana seorang yang bernama SULTAN tidak berdaulat membuat instituasi Raja-raja, agama, bangsa dan Negara menjadi malu.
Kenyataan Sultan Perak, bahan-bahan bukti ternyata seorang penipu, pendusta dan seorang yang tidak memegang amanah sanggup membuat satu kenyataan yang tidak seharusnya beliau memegang tahta Kerajaan Negeri Perak. Sebagai Menteri Besar, Ahli Dewan Negara yang tahu akan asal usulnya WAJIB mendedahkan pada pihak MEDIA.
Mufti Negeri Perak, Dato Seri Harussani WAJIB menasihat beliau TURUN DARI TAHTA KERAJAAN NEGERI PERAK dan menyerahkan kepada yang berhak. Sebagai seorang Mufti, tidakkah beliau merasa MALU DAN HINA sikap dan perbuatan beliau tak ubah seperti BANGSA YAHUDI begitu juga Sultan yang memerintah sekarang ini di negeri Perak.
Satu lagi kenyataan Raja Muda Nazrin mempunyai seorang anak, kenapa tidak ditunjukkan paras rupa di dalam akhbar. Bagaimana pula sekarang ini beliau seorang bisnes man. Apakah tanggung jawabnya sebagai Raja Muda. Perniagaan itu untuk siapa?
Ternyata sikap dan tingkah laku beliau terang-terang menunjukkan bahawa beliau bukan Pewaris Raja tetapi rakyat biasa dan takut beliau menjadi susah, miskin kerana itulah sifat-sifat anak raja tiada di diri beliau. Sedangkan masyarakat di Negara ini tahu daripada Sultan Azlan seisi keluarga bukannya darah keturunan raja.
Di mana letaknya maruah keluarga mereka ini sehingga dunia kiamat pun rakyat memandang hina dan jijik di atas sikap keluarga mereka ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment