Monday, June 14, 2010

Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati, sambungan daripada cerita sebelum ini. Kenyataan yang benar berlaku di Negeri Perak bukanlah satu unsur hasutan atau untuk menjatuhkan Martabat Sultan yang memerintah dan juga keturunan beliau.

Oleh kerana sultan yang memerintah Negeri Perak pada masa kini bukanlah daripada benih atau darah Keturunan Dari Sultan Ahmadin Shah ke-18. Sultan yang wujud sekarang ini telah mempergunakan pembesar-pembesar negeri. Pelbagai keistimewaan bagi sesiapa yang menyokong beliau, dengan itu tujuan dan maksud utama beliau untuk membuat empayar beliau sendiri dan cuba mengubah Undang-Undang Pertubuhan Bahagian Ke-2 Negeri Perak tanpa mendapat pengesahan dari Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Raja Ahmad Nasir telah mengutus surat kepada Sultan Perak, Pembesar Negeri dan Ahli Dewan Negara secara tertutup dan dengan erti kata lain Raja Ahmad Nasir tidak mahu maruah atau martabat warisannya dipandang hina dan menerima musibah sehingga dunia kiamat kerana Raja Ahmad Nasir tahu asal usul raja memerintah .

Raja Permaisuri Bainun, sikap dan sifat serta ilmu sihir yang dipelajari daripada isteri Dato Hashim, begitu juga Raja Muda Nazrin yang mempunyai seorang putera sedangkan rakyat jelata tidak pernah melihat paras rupa anakanda beliau. Ketika isteri Raja Muda Nazrin mengandung beliau tidak mengikut adat istiadat Diraja. Menunjukkan upacara lenggang perut dan selepas bersalin seperti bercukur rambut, naik buai dan lain-lain lagi.Disini Sultan memerintah dan juga Raja Nazrin tidak layak menduduki takhta kerajaan Negeri Perak.

Para pembaca yang bijaksana, ada juga warisan lain cuba mendedahkan perkara tersebut. Apabila pihak berkuasa meminta bahan bukti, warisan diraja tersebut tidak dapat menunjukkan bukti yang sebenarnya. Dengan itu kewujudan Raja Ahmad Nasir iaitu generasi ke-8 yang diamanahkan dan memegang amanah dari nenda beliau iaitu Raja Uda Samsuddin, maka ternyatalah bahan-bahan bukti serta alat kebesaran berada di dalam simpanan beliau.

Raja Ahmad Nasir telah menyampaikan salinan pengesahan kepada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan lain-lain yang berkenaan, bahawasanya Sultan Perak yang wujud sekarang ini BUKAN BERKETURUNAN DARAH DIRAJA sehinggakan Istana Iskandariah tiada berpenghuni dan sekarang Istana Kinta tidak diduduki. Istana yang baru dibina kelihatan kosong tanpa dihuni oleh manusia. Kesemua mereka bermastautin di Kuala Lumpur. Hanya upacara perasmian tertentu sahaja barulah Sultan Memerintah atau Raja Muda akan berada di Ipoh/Perak.

Di sini Raja Ahmad Nasir beberapa kali mengutus surat kepada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong agar diperkenankan cabaran perantaraan Sultan Perak dan Raja Muda Nazrin ke Beting Beras Basah. Akan tetapi tiada jawapan yang diterima dari pihak Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan juga pihak yang dicabar. Dimanakah letaknya maruah mereka ini dan martabatnya, tidakkah mereka merasa malu diatas perbuatan mereka sebagai penjenayah, penipuan kepada semua rakyat negara malaysia khususnya Negeri Perak.

Alat-alat kebesaran yang ada semuanya di tempah baru dan tiada satu pun yang betul-betul tulen. Pedang Cura Si Manja Kini sekarang ini berada di dalam simpanan Raja Ahmad Nasir. Cuba lihat gambar pedang yang dipaparkan di dalam blog ini. Seandainya ada keraguan ataupun kurang yakin dengan ketulenan pedang tersebut, Raja Ahmad Nasir berharap agar pihak berwajib seperti Majlis Raja-Raja, Kerajaan Malaysia dan juga pihak media (yang sememangnya mengetahui akan cerita ini) supaya mengarahkan Sultan Perak membawa Pedang Cura Si Manja Kini yang ada di dalam simpanannya dan begitu juga dengan Raja Ahmad Nasir ke Beting Beras Basah untuk membuktikan Kedaulatan dan Kebenaran berpihak kepada siapa. Insyaallah dengan Nama Allah Yang Maha Agong maka rakyat Malaysia khususnya Negeri Perak akan tahu kebenaran yang di nyatakan oleh Raja Ahmad Nasir.

Sekian buat kali ini.
Wassalam.

1 comment:

  1. WEH RANG TOLOL, KO LIAT TAK PEDANG CURA SI MANJA KINI YANG DIPEGANG OLEH SULTAN PERAK KE 29? ITU PEDANG YANG SAMA YANG DIPEGANG AZLAN! TOLOL KAU NASIR

    ReplyDelete