Assalamualaikum..
Para pembaca yang penyabar yang sudi menunggu cerita seterusnya dari Raja Ahmad Nasir. Kali ini menceritakan keunikan Kesultanan Negeri Perak.
Jika mengikut Adat Lembaga system giliran itu ditetapkan syaratnya seperti berikut.
1)Dipilih keturunan dari lain-lain sultan didalam negeri yang baik akal bicara dan budi bahasa lagi patut.
2)Pilihan ini mahulah mengandungi 3putera almarhum dan keempat itu balik kepada putera sultan yang sedang memerintah. Umpamanya tiga sultan yang sudah mangkat, almarhum nombor 1,2,3 .
a)Sultan yang memerintah sekarang putera almarhum nombor 2.
b)Raja Muda Putera almarhum nombor 1.
c)Raja diHilir balik kepada Sultan yang sedang memerintah. (Mengikut Perlembagaan 1953)
Ketika ini Raja Bendahara telah dimansuhkan dan hanya diguna pakai Raja Muda dan Raja DiHilir sahaja.
Sesungguhnya warisan-warisan negeri ini bukanlah keturunan Raja yang sedang memerintah itu sahaja melainkan sekelian anak Raja-Raja yang ada hak pada negeri ini jika adanya.
Bakal Raja dan Raja Bergelar yang ada pada masa ini terdiri dari keturunan Sultan Perak yang ke-18 iaitu Sultan Ahmadin ( Marhum Bongsu ) dari Permaisuri Baginda ( Isteri Pertama ) iaitu Toh Puan Puteh Binti Laksama Kuala Bidor. Hasil perkongsian hidupnya baginda mendapat Raja Abdul Malik ( Sultan ) 19 . Dan mewarisi takhta kerajaan.
Sultan Abdul Malik Mansor Shah mempunyai 2 orang putera iaitu Raja Abdullah yang mewarisi takhta selepas Sultan Abdul Malik seorang lagi putera Sultan Abdul Malik iaitu Raja Ahmad ( Raja Kecil Tengah ). Anak Raja Bergelar. Raja Abdullah (Sultan Abdullah Muazzam Shah) Sultan Perak ke-20 tidak mempunyai putera dan hanya mempunyai 3 puteri.
Cerita yang lepas oleh Raja Ahmad Nasir menunjukkan penjelasan yang sebenar dari kedua-dua belah pihak samada disebelah datuk dan opah beliau adalah satu rumpun iaitu warisan daripada Sultan Ahmadin Shah yang ke-18.
Para pembaca yang budiman ramai lagi warisan Raja Negeri Perak yang masih atau yang ada tidak menggunakan nama Raja dan ada juga setengah daripada mereka langsung tidak tahu bahawa meraka mempunyai hubung kait dengan warisan diraja Negeri Perak.
Apabila berlakunya sesuatu perkara keatas keluarga mereka ini dengan tidak diduga ada dikalangan mereka mendapat mimpi dengan warisan DiRaja. Disitulah mereka tercari-cari akan asal usul mereka dan keturunan mereka tetapi orang yang terdahulu tidak menceritakan kedudukan warisan mereka dan asal usul. Disinilah puncanya warisan tersebut terpaksa bersusah payah,tertanya-tanya asal meraka.
Pesanan datuk YM Raja Ahmad Nasir sebagai pemegang Umanat amanah warisan tersebut bahawa “Jangan sesekali kamu menidakkan kata-kata orang lain mengatakan beliau adalah warisan juga”
Puncakejadian warisan DiRaja terbahagi kepada banyak perkara. Salah satu disebabkan warisan terdahulu sebagai penentang itu diburu oleh pihak British dan tidak megguna nama Raja dan ada juga menukarkan namanya agar tidak tertangkap oleh pihak British. Dengan itu YM Raja Ahmad Nasir amat menghargai warisan-warisan yang ada pada zaman sekarang agar menceritakan asal-usul keturunan mereka pada anak cucu cicit supaya tidak menyusahi generasi yang akan datang.
Wassalam.
Kita mendoakan YM Raja Ahmad mendapat hak beliau semula.
ReplyDelete-Waris Pagaruyung
kah! kah! kah! kah! apa ada pada pangkat. pada gelaran. Poyo!!!
ReplyDelete