Tuesday, November 1, 2011

WARISAN RAJA

Pada semua pembaca yang setia walaupun dimana jua berada tak kira apa kaum .YM Raja Ahmad Nasir ucapkan ribuan terima kasih kerana kesetian mengikuti perkembangan blog sehingga kini.sekali lagi YM Raja Ahmad Nasir menjelaskan salasilah keturunan bersangkutan opah dan datuk. (ninda lelaki dan perempuan) adalah keturunan dari darah raja. Siti Aminah adalah cucu kepada Sultan Abdullah Muazzam Shah(sultan ke-20). Raja Uda Samsuddin adalah anak kepada Raja Kulop Muhammad bin Alang Iskandar(bendahara).Bonda kepada Almarhum Sultan Idris Kedua(sultan ke33) adalah adik kepada Raja Uda Samsuddin.


Disini satu kenyataan bahawa Almarhum Sultan Idris kedua adalah bapa saudara kepada YM Raja Ahmad Nasir. Tanah di Kampung Fakri,Almarhum Sultan Idris kurniakan kepada ninda perempuan iaitu sebelah bonda Raja Ahmad Nasir. Tujuan dikurniakan tanah itu semoga beliau dapat berhubung dengan ayahanda YM Raja Ahmad Nasir supaya tidak putus hubungan kekeluargaan.

YM Raja Ahmad Nasir ketika itu bermastautin di Singapura. Almarhum Sultan Idris,adinda nya Intan Suraya dan kekanda nya Raja Rafeah dan yang lain-lain sentiasa berhubung dengan ayahanda YM Raja Ahmad Nasir. Apabila ninda YM Raja Ahmad Nasir meninggal, Disini lah punca putus hubungan. Setelah ayahanda YM Raja Ahmad Nasir berhijrah ke Johor Baharu. Ninda lelaki YM Raja Ahmad Nasir telah datang ke Johor Baharu mengziarah keluarga YM Raja Ahmad Nasir dan menyampaikan pesanan untuk kembali ke Negeri Perak atas urusan yang perlu diselesaikan apabila habis tempoh sumpahan 7 keturunan

Ninda beliau menceritakan kesemua asal usul diri nya dan juga isteri nya(Siti Aminah) YM Raja Ahmad Nasir ayahandanya telah diberi tanggungjawab yang berat yang belum pasti dapat dilaksanakan. YM Raja Ahmad Nasir dan keluarga pulang ke Negeri Perak pada tahun 1979 dan ketika itu YM Raja Ahmad Nasir masih berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Apabila sampai masa dan ketikanya ayahanda YM Raja Ahmad Nasir cuba melaksanakan tugas beliau tetapi gagal.YM Raja Ahmad Nasir tidak terfikir untuk menyambung tugas berat yang di wasiatkan(Amanat) disebabkan YM Raja Ahmad Nasir bukan gila kan kuasa,pangkat darjat ataupun kekayaan ketika itu YM Raja Ahmad Nasir bertugas di Kuala Lumpur. Satu perkara telah berlaku terhadap keluarganya iaitu anak dan isterinya jatuh sakit adik beradik tidak bersefahaman. Disitulah puncanya YM Raja Ahmad Nasir bertemu dengan seorang guru Mursid meminta pandangan diatas perkara yang berlaku.

YM Raja Ahmad Nasir mengambil keputusan melaksanakan tanggungjawab sehingga hari ini. Ternyata segala yang berlaku diatas keluarganya pulih seperti sediakala(aman dan damai) urusan ini telah berlaku selama 8 tahun. Allamdulillah perlaksanan tugas berjalan dengan baik dengan kehendak Allah.

Selama ini hanya pihak atasan sahaja yang mengetahuinya. Sekarang YM Raja Ahmad Nasir cuba menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata di Malaysia khusus nya di Negeri Perak.



SEKIAN WASALLAM

1 comment:

  1. Memang gila pangkat darjat dan kekuasaan, kerana apabila tidak tak mungkin lah pakcik tuntut takhta perak

    ReplyDelete