Monday, November 14, 2011

Dimana Letak Keadilan Kesultanan Negeri Perak


Pembaca yang setia yang mengikuti blog YM Raja Ahmad Nasir cerita kali ini adalah kisah Kerabat Diraja Perak menyiar didalam berita Sinar, Khamis 3hb.Nov 2011.tajuk:KERABAT PERAK BERI AMARAN GESA YM RAJA AHMAD NASIR HENTIKAN TINDAKAN CEMARKAN NAMA SULTAN PERAK.
Disini ingin YM Raja Ahmad Nasir memberi sepatah dua kata adakah Kerabat Diraja Perak telah di beri mandat diatas perkara tersebut. Kenapa Sultan Perak sendiri tidak menyampaikan kata-kata beliau tehadap Raja Ahmad Nasir.
Pembaca yang setia.
Raja Ahmad Nasir telah menghubungi pihak Sinar& beberapa media membuat PC di rumah beliau. Pihak Sinar berjanji akan hadir pada hari Jumaat 4hb Nov 2011 tetapi disaat terakhir pihak sinar mengahantar SMS bahawa pihak beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai masalah. Pihak Sinar mahu Raja Ahmad Nasir mengahntar kenyataan melalui e-mail. Disini satu kenyataan bahawa tidak ada keadilan dan tidak ada kebebasan bagi orang seperti Raja Ahmad Nasir.
Para pembaca cuba perhatikan dan lihat sendiri Undang-undang sedia ada. Yang SALAH dikatakan Betul. Yang BENAR tidak diakui. Apakah yang dikatakan MERDEKA??? Apakah erti DEMOKRASI??? Apakah UGAMA Negara ini??? kalau negara ini mempunyai Yang Dipertuan Agong dan setiap negeri mempunyai sultan apakah KUASA mereka??? Dimana letaknya kemakmuran negara ini??? Dimana yang dikatakan intergeriti oleh Perdana Menteri kita. Disinalah fahaman amat berbeza seperti langit dan bumi masing-masing membina empayar sendiri.Jari menunjuk kelingking mengait.
Para pembaca yang setia Ahli Politik tidak boleh campur tangan dalam soal institusi Raja-raja. Disinilah satu petunjuk bahawa p[ihak politik yang memainkan peranan dan sultan diketepikan. Kerana itulah Sultan Perak dibela, dijagai,dilindungi agar pihak politik mengambil kesempatan diatas nama sultan menguasai segala-galanya didalam negeri ini.
Raja Ahmad Nasir bukan menentang mana-mana sultan tetapi beliau hanya mahu dikembalikan HAK WARISAN terdahulu. Raja Ahmad Nasir telah memberi tahu kepada Setiausaha Sulit, Ahli Dewan Negara tetapi tidak diindahkan. Tidak ada TOLAK ANSUR.TIADA BUDI PEKERTI kerana itulah perkara buruk tersebar luas.
Datuk saudara Raja Ahamd Nasir adlah penghulu di Batu Gajah kemudian digantikan dengan bapa saudaranya. Bagaimana Raja Ahmad Nasir tidak tahu asal-usul Sultan Perak ini bukan lah satu-satunya memburukan nama Sultan Perak tetapi satu kenyataan benar. Sultan Perak mesti terima hakikat dan beliau sendiri tahu asal-usulnya. Beliau tidak boleh bersemayam di Istana dan bermastautin di tanah yang berdaulat dan tidak mengikuti Adat Istiadat Pertabalan Kesultanan terdahulu.
Dengan itu Raja Ahmad Nasir mempunyai fakta,Alat kebesaran Negeri Perak. Terbukti bahawa Sultan Perak yang ada sekarang ini bukan warisan dari Sultan Ahmaddin mahu pun Alharhum Sultan Yusuf.
WASALAM

Tuesday, November 1, 2011

WARISAN RAJA

Pada semua pembaca yang setia walaupun dimana jua berada tak kira apa kaum .YM Raja Ahmad Nasir ucapkan ribuan terima kasih kerana kesetian mengikuti perkembangan blog sehingga kini.sekali lagi YM Raja Ahmad Nasir menjelaskan salasilah keturunan bersangkutan opah dan datuk. (ninda lelaki dan perempuan) adalah keturunan dari darah raja. Siti Aminah adalah cucu kepada Sultan Abdullah Muazzam Shah(sultan ke-20). Raja Uda Samsuddin adalah anak kepada Raja Kulop Muhammad bin Alang Iskandar(bendahara).Bonda kepada Almarhum Sultan Idris Kedua(sultan ke33) adalah adik kepada Raja Uda Samsuddin.


Disini satu kenyataan bahawa Almarhum Sultan Idris kedua adalah bapa saudara kepada YM Raja Ahmad Nasir. Tanah di Kampung Fakri,Almarhum Sultan Idris kurniakan kepada ninda perempuan iaitu sebelah bonda Raja Ahmad Nasir. Tujuan dikurniakan tanah itu semoga beliau dapat berhubung dengan ayahanda YM Raja Ahmad Nasir supaya tidak putus hubungan kekeluargaan.

YM Raja Ahmad Nasir ketika itu bermastautin di Singapura. Almarhum Sultan Idris,adinda nya Intan Suraya dan kekanda nya Raja Rafeah dan yang lain-lain sentiasa berhubung dengan ayahanda YM Raja Ahmad Nasir. Apabila ninda YM Raja Ahmad Nasir meninggal, Disini lah punca putus hubungan. Setelah ayahanda YM Raja Ahmad Nasir berhijrah ke Johor Baharu. Ninda lelaki YM Raja Ahmad Nasir telah datang ke Johor Baharu mengziarah keluarga YM Raja Ahmad Nasir dan menyampaikan pesanan untuk kembali ke Negeri Perak atas urusan yang perlu diselesaikan apabila habis tempoh sumpahan 7 keturunan

Ninda beliau menceritakan kesemua asal usul diri nya dan juga isteri nya(Siti Aminah) YM Raja Ahmad Nasir ayahandanya telah diberi tanggungjawab yang berat yang belum pasti dapat dilaksanakan. YM Raja Ahmad Nasir dan keluarga pulang ke Negeri Perak pada tahun 1979 dan ketika itu YM Raja Ahmad Nasir masih berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Apabila sampai masa dan ketikanya ayahanda YM Raja Ahmad Nasir cuba melaksanakan tugas beliau tetapi gagal.YM Raja Ahmad Nasir tidak terfikir untuk menyambung tugas berat yang di wasiatkan(Amanat) disebabkan YM Raja Ahmad Nasir bukan gila kan kuasa,pangkat darjat ataupun kekayaan ketika itu YM Raja Ahmad Nasir bertugas di Kuala Lumpur. Satu perkara telah berlaku terhadap keluarganya iaitu anak dan isterinya jatuh sakit adik beradik tidak bersefahaman. Disitulah puncanya YM Raja Ahmad Nasir bertemu dengan seorang guru Mursid meminta pandangan diatas perkara yang berlaku.

YM Raja Ahmad Nasir mengambil keputusan melaksanakan tanggungjawab sehingga hari ini. Ternyata segala yang berlaku diatas keluarganya pulih seperti sediakala(aman dan damai) urusan ini telah berlaku selama 8 tahun. Allamdulillah perlaksanan tugas berjalan dengan baik dengan kehendak Allah.

Selama ini hanya pihak atasan sahaja yang mengetahuinya. Sekarang YM Raja Ahmad Nasir cuba menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata di Malaysia khusus nya di Negeri Perak.



SEKIAN WASALLAM

Saturday, September 3, 2011


  Selamat sejahtera kepada semua pembaca setia Raja Ahmad Nasir dan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi umat ISLAM.Para pembaca setia.sudah lama Raja Ahmad Nasir berurusan dengan pihak Istana.Majlis Raja-Raja dan pihak Atasan mengikut undang-undang dan fakta institusi Raja-Raja di dalam Malaysia.Raja Ahmad Nasir telah menunjukkan segala bahan bukti pada pihak Polis Diraja Malaysia.Kenapa pihak Polis tidak menangkap pihak bersalah yang telah nyata kesalahan yang dilakukan amat berat jenayah penipuan yang telah dilakukan.
 
  Seri Paduka Yang Dipertuan Agong mesti bertindak tegas atas kesalahan yang dilakukan oleh ATAN BIN HASHIM(Sultan Perak ) kerana  beliau adalah orang yang kebanyakkan dan bukan seorang pewaris Raja apatah lagi bukan anak kandung Almarhum Sultan Yusof.Perkara ini sungguh memalukan seluruh Institusi Majlis Raja-Raja dan juga Negeri ini.Rakyat memandang rendah tehadap Raja-Raja yang ada sekarang.tidak mempunyai prinsip atau amanah sebagai sultan di dalam Negara.Agama Islam jadi tercemar diatas sikap dan perbuatan Orang Atasan yang gila wang(duit),kuasa untuk diri sendiri dan kuncu-kuncu mereka.

  Para pembaca sekian,setiap Negeri Sultan mempunyai Istana dan bersemanyam di Negeri masing-masing.jikalau ke luar Negara pasti ada Pemangku di dalam Negeri,tetapi Negeri Perak berlainan,Sultan seisi keluarga termasuk Raja Muda Berhijrah di Kuala Kumpur hanya tinggal Pembesar Negeri.Tapi ada yang tinggal luar dari PERAK.Ternyata Negeri Perak tidak mempunyai Sultan,yang menjadi Sultan Perak BUKAN PEWARIS dan TIDAK BERDAULAT.Kenyataan beliau bukan keturunan Raja,semua Rakyat MALAYSIA  khusus Rakyat Negeri Perak tahu,tidakkah beliau seisi keluarga berasa malu dan hina,dimana letak maruah mereka.Secara tidak lansung Seri PadukaYang Dipertuan Agong Majlis Raja-Raja terjejas imej.


  Para pembaca,pada suatu masa dan ketika nanti Raja Ahmad Nasir akan mengambil tindakan  untuk mengambil kembali TAKHTA warisan dengan izin ALLAH.Apabila Raja Ahmad Nasir mula lakukan sesuatu dengan akal fikiran,dengan mengikut Undang-Undang,Raja Ahmad Nasir harap pihak atasan harus terima hakikat dan ATAN BIN HASHIM(Sultan Perak) mesti turun dari TAKHTA KERAJAAN NEGERI PERAK tanpa soal jawab.Raja Ahmad Nasir peringatkan pada ahli politik tidak boleh masuk campur dalam urusan Raja-Raja.Raja Ahmad Nasir harap Ahli Politik jagalah Parti masing-masing dan tunjukkan kebikjasanaan melaksanakan Politik masing-masing.

WASALAM.

Monday, August 15, 2011

Langkah Awal


Para pembaca yang budiman lagi setia menghayati cerita selanjutnya. YM Raja Ahmad Nasir telah berurusan dengan pihak Ibu Pejabat Istana DYMM Sultan Perak dengan baik dan tidak mahu mengaibkan Sultan Perak Seisi Keluarga. Tetapi pihak Ibu Pejabat tidak ambil indah seperti Dato Ayob Bin Hashim, malah bersifat biadap dan membalas surat tanpa berfikir. Mengikut perlembangan undang-undang Negeri Perak bahagian 2, Seolah-olah YM Raja Ahmad Nasir tidak tahu undang-undang tersebut. Disinilah punca YM Raja Ahmad Nasir terus berjuang untuk mendapat kembali hak warisan yang di amanat oleh Almarhum datuk(ninda) beliau.
YM Raja Ahmad Nasir terpaksa pecah tembelang Sultan Perak mangikut langkah demi langkah agar beliau men dapat kembali hak warisan. YM Raja Ahmad Nasir cuba cara baik supaya pihak pembesar-pembesar Istana,Mufti Negeri Perak dapat selesaikan dengan aman tanpa berpanjangan, ternyata Sultan Perak tidak boleh dibawa berunding sama sekali. Kemudian diutus surat pada Menteri Besar Perak. Bila dijawab, “ Akan dibawa ke minit mesyuarat”. Kenyataan itu bohong belaka. YM Raja Ahmad Nasir membawa perkara ini pada pihak media, hanya 2kali dimasukkan dalam Utusan Malaysia dan Apabila buat Press Comferce langsung tidak disiarkan dalam akhbar.Kemudian pergi ke Malaysia kini, pun tidak ada yang berani menyiarkan cerita tersebut.
YM Raja Ahmad Nasir terpaksa mengutus surat pada pihak atasan seperti Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-raja, Perdana Menteri, Ketua Polis Negera dan lain-lain lagi. Malah tiada jawapan diterima. YM Raja Ahmad Nasir tidak pernah putus asa, beliau akan terus berjuang sehingga akhir hayat. Semangat YM Raja Ahmad Nasir tetap dengan pendirian walau dengan titisan darah sekali pun. Kerana itu lah YM Raja Ahmad Nasir membuka blog dan memasukan cerita tersebut.
YM Raja Ahmad Nasir mengucapkan terima kasih pada pembaca blog. Sekarang hati YM Raja Ahmad Nasir rasa lega sikit. Ramai yang menjadi pengikut dan penyokong YM Raja Ahmad Nasir dan memberi semangat serta perangsang. Para pembaca yang budiman kemungkinan juga apa yang YM Raja Ahmad Nasir usahakan selama ini akan tercapai matlamatnya. Insyallah apabila Allah mengizinkan apa yang YM Raja Ahmad Nasir buat akan menjadi satu kenyataan. Berdoalah Kejayaan Beliau semoaga Allah memberkati yang benar dan yang batil akan hilang.

CERITA SELANJUTNYA AKAN SAMPAI DENGAN MESEJ YANG BAIK....


WASALAM

Wednesday, August 3, 2011

Adat Dan Adab

Salam sejahtera pembaca blog yang sentiasa menunggu cerita selanjutnya.

Pada 1hb.July 2011, YM Raja Ahmad Nasir telah mengutus surat pada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan didalam negeri ini.

YM Raja Ahmad Nasir minta Seri Paduka Yang Dipertuan Agong serta kesemua sultan- sultan di dalam negeri ini, agar ATAN BIN HASHIM (Azlan Sultan Perak) turun daripada takhta mengikut Undang-undang Perlembangan Bahagian ke-2 Negeri Perak. Ternyata Atan Bin Hashim telah menipu sekalian rakyat jelata,Agong&Sultan-sultan di negeri ini. Sebagai seorang Islam, Mufti Negeri Perak, Ahli Dewan Negara seharusnya bersikap Sidek, Amanah,Tabliq,Patonah. Mereka mesti Amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugas agar Agama Islam tidak dipandang rendah atau dipermainkan oleh bangsa&agama lain.

Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, sultan-sultan serta Ahli Dewan Negara Negeri Perak tidak sepatutnya menjadi PATUNG TIDAK BERNYAWA. Tidak mempunyai semangat, hati dan jiwa. Islam itu bersih,Harmoni.dan Bersikap Adil. Mereka mementingkan harta kuasa,dan wang ringgit sehingga tidak sedar telah menipu diri sendiri.

Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan yang ada tidak berani menjatuhkan hukuman pada orang yang ternyata telah melanggar undang-undang. Undang-undang yang ada digunakan pada pihak yang tidak berupaya . Adakah undang-undang yang wujud di dalam negara ini adalah UNDANG-UNDANG PALSU?

Adakah sultan-sultan yang wujud sekarang tidak berdaulat dan beragama ? Di bibir menyebut kalimah Allah tapi di hati kosong. Kita dapat saksi kan berbagai kerenah dan musibah yang telah berlaku di negara ini.

YM Raja Ahmad Nasir terasa sedih,pilu dan malu diatas sikap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan yang memerintah negeri masing-masing. TIDAK UBAH SEPERTI TUNGGUL KAYU. Dengan sendirinya telah menjatuhkan meruah institusi Raja-raja ,menjadi seorang PENAKUT,PENGECUT DAN TIDAK BERANI menegakkan KEBENARAN, bertanggungjawab dan bersikap adil mengikut undang-undang yang ada.

Mengikut undang-undang Atan Bin Hashim(Azlan Sultan Perak) seisi keluarga tidak layak mengguna nama RAJA. Mereka telah melakukan penipuan dan mesti di tarik balik nama raja.

Atan Bin Hashim tidak boleh bersemayam di Istana Iskandariah dan Istana Kinta. Kini mereka sekeluarga telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan menetap di sana. Bererti Negeri Perak TIADA BERSULTAN. Kedaulatan tidak ada pada diri beliau. Adakah Yang Dipertuan Agong dan sultan-slutan didalam negeri ini buta mata dan buta hati sehingga tidak mengenal kedaulatan seorang sultan yang sebenarnya.

YM Raja Ahmad Nasir amat kecewa dengan undang-undang yang ada. Segala bahan bukti, fakta yang dikemukakan tidak di ambil peduli. Haruskah atas perkara ini, rakyat jelata semua bangkit menghina pada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan juga sultan-sultan yang memerintah?

Tidakkah terasa malu dan hina. Dimana letaknya maruah seorang ketua agama di negara ini?

Adat istiadat, adat resam, adat beradap dan adab maruah telah dicemar sendiri oleh pihak atasan.


WASALAM

Tuesday, July 5, 2011

Siapa Ibu Kandung Atan Bin Hashim (Azlan Sultan Perak)

Salam bahagia.para pembaca yang setia.yang mengikuti laman blog YM Raja Ahmad Nasir.Setiap kali cerita yang disampaikan adalah cerita yang sebenar kepada para pembaca yang bijak pandai cuba lihat dinegara kita ini,adakah undang-undang yang ada,rukun negara yang diujudkan adakah mereka gunakan dengan adil&saksama?Sebagai ketua negara Seri Paduka Yang Dipertuan Agong,majlis Raja-raja atau dikenali Sultan yang memerintah negeri masing-masing dibawah takhta kerajaan negeri yang berdaulat.

Didalam negara ini diujudkan Perdana Menteri,iaitu penasihat kepada Agong adalah ahli Politik didalam negara ini dan didalam setiap negeri mempunyai Menteri Besar.

Jawatan Penasihat kepada Sultan negeri masing-masing dan juga Ahli Politik.Disini YM Raja Ahmad Nasir mahu para pembaca memahami tugas dan tanggungjawab Seri Paduka Yang Dipertuan Agong &juga Sultan yang memerintah takhta negeri masing-masing.Bukankah tanggungjawab sebagai seorang Agong sebelum memegang jawatan tersebut telah bersumpah melaksanakan tugas dengan adil,saksama.Seri Paduka Yang Dipertuan Agong juga sebagai Warisan Nabi S.A.W yang beragama Islam menegakkan kebenaran keadillan &bertanggungjawab keatas rakyat jelata.Dimana setiap 5tahun sekali ditukar ganti mengikut giliran memegang jawatan yang Dipertuan Agong.Bagi Sultan yang memerintah kerajaan negeri pun warisan Nabi S.A.W yang beragama Islam.

Membentuk perpaduan Islam dengan bijaksana,sikap adil dan berkerjasama dengan rakyat.Perdana Menteri adalah Ahli Politik menterajui didalam negeri ini menjalan tugas dan juga memandu dari segi ekonomi,perpaduan ,pentadbiran negara.Begitu juga dengan Menteri Besar ada disetiap negeri bertanggungjawab dibawah perintah Sultan.

Disini satu kenyataan bahawa peranan tanggungjawab Agong amat berat kepada agama Islam keseluruhannya dari segi hukum syarak,adat dan fikiran.Sebagai Perdana Menteri atau Menteri Besar tidak boleh sewenang-wenangnya membuat pemerintahan sendiri dalam negara atau negeri.Oleh sebab keujudan Sultan dan berasasnya menakluki negeri masing-masing bukan nya Perdana Menteri atau Menteri Besar.

Apabila wujudnya Perdana Menteri atau Menteri Besar mendahului Sultan bererti telah menderhaka kepada Agong dan Sultan-sultan yang memerintah.Dengan erti kata lain LEBIH KUAH DARIPADA SUDU atau KACANG LUPAKAN KULIT.Hanya penting pada diri sendiri dan juga INDAH KHABAR DARI RUPA kerana itulah negara ini menjadi kucar kacir diatas perbuatan mereka tanya disedari.


Para pembaca,YM Raja Ahmad Nasir ingin menyampaikan khabaran yang sebenar Azlan(sultan perak) atau Atan bin Hashim nama IBU KANDUNG beliau dan ASAL USUL KETURUNAN.Nama sebenar ibu kandung beliau ialah WAN CIK NUN LOK iaitu adalah nama CINA SIAM.Nama melayu beliau ialah WASIDAH BINTI ABDULLAH,itulah ibu kandung Atan bin Hashim.Ada sepucuk surat yang ditulis oleh TOH PUAN KHATIJAH kepada Atan Bin Hashim atau Azlan(sultan perak).kata -kata nya begini “LAN,KAMU SEBENARNYA BUKAN ANAK KANDUNG SULTAN YUSUF”tapi sayang surat tersebut telah hilang dari simpana YM Raja Ahmad Nasir.Mungkin juga ada seseorang yang pernah tinggal atau duduk sebumbung dengan nya masa ada surat itu Azlan(sultan perak)memang kenal sangat AYAHANDA YM Raja Ahmad Nasir,Arwah CIKGU AZIZ,Arwah PAK DIN.Kerana itu lah Azlan(sultan perak)Atan Bin Hashim tidak mahu bertemu YM Raja Ahmad Nasir.

Untuk pengetahuan pembaca yang setia Azlan(sultan perak)Atan Bin Hashim telah mengarah Dato Pengelola Bijaya Diraja Dato Shamsul Bahrin mengutus surat TIDAK DIBENARKAN warisan sebenar mengguna nama RAJA.

2.pihak yang menuntut memakai nama Raja hendaklah dapat surat dari Istana terlebih dahulu.

A-Kalau pergi ke ibu pejabat istana,pihak istana tidak akan layan-dihalau balik dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dilafazkan.

B-Beliau merasa takut akan kedudukkan beliau dan keluarga beliau tergugat.

3.Binun adalah darah keturunan “mamak”DKK (DARAH KETURUNAN KELING).


A-Ketika dahulu kalau Sultan bernikah dengan orang kebanyakkan menjadi isteri beliau digelar TOH PUAN.Disini terletaknya bahawa Azlan tidak wajar menaruh nama isterinya dengan nama Raja.Sedangkan warisan yang sebenar tidak dibenarkan.Ternyatalah disini sikap&perbuatan beliau telah salah guna diatas kedudukan beliau sekarang adalah salah laku.

B-Kalau Bainun boleh gunakan Raja kenapa tidak rakyat jelata menggunakan nama Raja?Apa salahnya sedangkan Bainun keturunan MAMAK!!!.............


Para pambaca dapat menilaikan Warisan Tulen Sultan Berdulat dan Penjenayah Penipuan menduduki takhta memutar belitkan dan memalukan Institusi Raja-raja.


WASALAM

Wednesday, June 22, 2011

Kemasyuran Anak Raja Bergelar

Para pembaca yang setia,yang sentiasa mengikut perkembangan masa ke masa.

YM Raja Ahmad Nasir hanya memberi bayangan/kelu,mungkin juga pihak pembaca dapat merasakan sesuatu yang tak kena.YM Raja Muda Nazrin paras rupa,cuba bezakan renung betul-betul wajah iras daripada hujung rambut sehingga hujung kaki,lihat pula paras rupa Raja Azlan(sultan perak)adakah mirip &dibandingkan 4orang adiknya.

Kalau nak dipastikan mereka ini adalah benar-benar sedarah sedaging ataupun satu ibu lain bapa.sikap&perangai dan paras rupa jauh beza.disinilah nampak ketaranya Raja Muda Nazrin,dengan 4 orang adiknya.itu adalah kelu.

Bersambung kembali anak Raja Bergelar 1948 dimana satu perubahan telah berlaku.ketika 1948 berlakunya kemasyuran RAJA KECIL MUDA digugurkan.ditetapkan susunan baru Raja-Raja bergelar iaitu Raja Kecil Besar.

Contoh:Raja Kecil Sulong

Raja Kecil Tengah

Raja Kecil Muda

Raja Kecil Bongsu


pada tahun 1953 kuat kuasa undang-undang Tubuh Negeri Perak telah menyusun semula struktur susunan Raja Bergelar.

Contoh:Raja Kecil Besar

Raja Kecil Sulong

Raja Kecil Tengah

Raja Kecil Bongsu


Dalam persoalan ini kedudukan anak Raja Bergelar yang dibubarkan pada tahun 1948 dan dikuat kuasa pada tahun 1953 diguna pakai sehingga hari ini.

Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 ini memasukkan juga fasal berhubung dengan larangan untuk Sultan.

XXIII(1)

(c)Mendatangi mana-mana teriti/perikatan yang mengubah kedudukan negeri ini.

Kenyataan fakta disini menunjukan bahawa Sultan Memerintah hari ini tak boleh mengubah seperti perkara diatas 1(c) Ternyata Sultan Azlan telah melanggar peraturan Undang-undang . Perkara ini seharusnya Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dan Sultan-sultan didalam negara ini (Majlis Raja-Raja)semestinya menyingkir Sultan Azlan turun daripada takhta.mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak,fakta 1953

XIX mengosongkan takhta dengan jalan Undang-undang.

XX(1)-(4) Raja pemerintah turun daripada takhta Kerajaan dengan suka rela.

Mengikut Buku Pertabalan Sultan Azlan tahun1985 iaitu bertajuk PEMILIHAN &PERLANTIKAN RAJA PEMERINTAH kenyataan Undang-undang adalah sama termaktub didalam Undang-undang Kerajaan Negeri Perak bahagian-ke2.Kebanaran yang disampaikan bahawa Undang-undang Tubuh TIDAK sekali membenarkan dan adalah DIHARAMKAN memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada seorang zuriat daripada Sultan ke-18 selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai sesuatu cacat yang besar dan berat.


Sehingga setakat ini buat kali ini.


WASALAM

Kemasyuran Anak Raja Bergelar

Para pembaca yang setia,yang sentiasa mengikut perkembangan masa ke masa.

YM Raja Ahmad Nasir hanya memberi bayangan/kelu,mungkin juga pihak pembaca dapat merasakan sesuatu yang tak kena.YM Raja Muda Nazrin paras rupa,cuba bezakan renung betul-betul wajah iras daripada hujung rambut sehingga hujung kaki,lihat pula paras rupa Raja Azlan(sultan perak)adakah mirip &dibandingkan 4orang adiknya.

Kalau nak dipastikan mereka ini adalah benar-benar sedarah sedaging ataupun satu ibu lain bapa.sikap&perangai dan paras rupa jauh beza.disinilah nampak ketaranya Raja Muda Nazrin,dengan 4 orang adiknya.itu adalah kelu.

Bersambung kembali anak Raja Bergelar 1948 dimana satu perubahan telah berlaku.ketika 1948 berlakunya kemasyuran RAJA KECIL MUDA digugurkan.ditetapkan susunan baru Raja-Raja bergelar iaitu Raja Kecil Besar.

Contoh:Raja Kecil Sulong

Raja Kecil Tengah

Raja Kecil Muda

Raja Kecil Bongsu


pada tahun 1953 kuat kuasa undang-undang Tubuh Negeri Perak telah menyusun semula struktur susunan Raja Bergelar.

Contoh:Raja Kecil Besar

Raja Kecil Sulong

Raja Kecil Tengah

Raja Kecil Bongsu


Dalam persoalan ini kedudukan anak Raja Bergelar yang dibubarkan pada tahun 1948 dan dikuat kuasa pada tahun 1953 diguna pakai sehingga hari ini.

Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 ini memasukkan juga fasal berhubung dengan larangan untuk Sultan.

XXIII(1)

(c)Mendatangi mana-mana teriti/perikatan yang mengubah kedudukan negeri ini.

Kenyataan fakta disini menunjukan bahawa Sultan Memerintah hari ini tak boleh mengubah seperti perkara diatas 1(c) Ternyata Sultan Azlan telah melanggar peraturan Undang-undang . Perkara ini seharusnya Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dan Sultan-sultan didalam negara ini (Majlis Raja-Raja)semestinya menyingkir Sultan Azlan turun daripada takhta.mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak,fakta 1953

XIX mengosongkan takhta dengan jalan Undang-undang.

XX(1)-(4) Raja pemerintah turun daripada takhta Kerajaan dengan suka rela.

Mengikut Buku Pertabalan Sultan Azlan tahun1985 iaitu bertajuk PEMILIHAN &PERLANTIKAN RAJA PEMERINTAH kenyataan Undang-undang adalah sama termaktub didalam Undang-undang Kerajaan Negeri Perak bahagian-ke2.Kebanaran yang disampaikan bahawa Undang-undang Tubuh TIDAK sekali membenarkan dan adalah DIHARAMKAN memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada seorang zuriat daripada Sultan ke-18 selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai sesuatu cacat yang besar dan berat.


Sehingga setakat ini buat kali ini.


WASALAM

Thursday, May 26, 2011

Undang-undang dan Rukun

Assalamualaikum.para pembaca yang setia,pendengar yang dihormati.

Kali ini YM Raja Ahmad Nasir akan menyampaikan cerita Undang-undang dan rukun didalam negara ini.sambungan cerita yang lalu akan disiarkan pada siri akan datang.


Para pembaca sekian,yang mengikuti blog YM Raja Ahmad Nasir mungkin telah faham dan tahu perjuangan beliau.Tetapi pembaca yang baru ingin mengikuti blog hendaklah terlebih dahulu faham dan mengikuti cerita pada awal lagi dan janganlah komen tanpa mengikuti laman blog YM Raja Ahmad Nasir.

Pembaca yang mulia ,

YM Raja Ahmad Nasir ingin menyentuh Undang-undang dan hukum yang ada didalam negara kita ini.Tugasan bagi pihak yang berkuasa,susur galur Islam iaitu Mufti dalam negeri/negara.

2.Agong atau Sultan-sultan yang memerintah negeri masing-masing

3.Perdana Menteri dan juga Menteri Besar dalam setiap negeri.

Sebelum perlantikan jawatan masing-masing ataupun sebagai Agong ataupun kesultanan melafaz sumpah dengan nama Allah menunjukkan akan menjalankan tugas dengan saksama &adil mengikut hukum syarak begitu juga Mufti negara/negeri adalah sebagai penasihat agama Islam.

Perdana Menteri adalah ahli politik dibawah Agong.YM Raja Ahmad Nasir mahu para pembaca faham maksud cerita yang disampaikan.


Hukum agama yang ada di negara ini untuk menjatuhkan hukuman pada pihak bawahan dan juga orang yang dibenci.Segi hukum syarak pula pihak Mufti menutup mulut dan mematikan diri sedangkan hukum itu sudah lari dari akidahnya.

Sebagai contoh,sepasang suami isteri tidak ada penyesuaian sekian lama apabila dirujuk kepada pihak Majlis Agama tidak ambil peduli sehingga si isteri menuntut pasak memakan masa bertahun-tahun dan masih tinggal serumah/sebumbung.siapakah yang akan bertanggungjawab diakhirat nanti. Dimanakah letaknya hukum syarak yang sebenarnya ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

Mufti dan para ulama didalam negeri/negara masing-masing adalah penasihat pada Agong dan Sultan-sultan untuk membetulkan akidah.Mereka adalah warisan Nabi bertanggungjawab kepada rakyat jelata.Kerana tamakkan wang ringgit dan kekayaan yang ada segala-segalanya dilupakan.Tidak mengambil berat & indah.Lupa tanggungjawab yang diamanahkan Allah pada yang berkuasa ini,secara tidak langsung agama,bangsa,maruah negara tergadai.Agama Islam dipermainkan,Martabat bangsa dijatuhkan dan dimalukan.Orang-orang berkuasa diatas adalah orang Melayu beragama Islam.

Sikap & sifat mereka amat memalukan dan perbuatan mereka amat keji.


Para pembaca yang mulia,disini YM Raja Ahmad Nasir ingin bertanya pihak yang berkenaan.Tidakkah mereka terasa malu,terhina diatas sikap & perbuatan mereka?Bekas Peguam Negara sendiri telah melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahagian kedua.sedangkan beliau sendiri tahu kedudukkan dirinya sendiri tidak layak,bukan warisan dan zuriat serta bukan berdarah raja.Mengikutkan beliau diharamkan dipilih &dilantik sebagai Raja Pemerintah.Seluruh rakyat Negeri Perak & Negara ditipu.Kini anak-ank dan cucu-cucunya pula menduduki tempat yang sepatutnya tidak langsung layak bagi mereka.Oleh kerana Sultan Perak serta keseluruhan keluarganya bermastautin di Kuala Lumpur bererti Negeri Perak tidak ada Sultan.


Sipakah BAINUN? Bekas seorang guru dan mempelajari ilmu sihir dari ibu saudara YM Raja Ahmad Nasir bertujuan memperalatkan dan memperbodohkan suami serta mengikut telunjuknya.

Siapakah pula Raja Nazrin bin Raja Azlan Shah???(Atan bin Hashim)


WASALAM.

Wednesday, March 23, 2011

Para pembaca budiman,sekian lama Raja Ahmad Nasir tidak menyampaikan cerita oleh kerana kesibukan.

Raja Ahmad Nasir telah mengutus surat kepada Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung, Majlis Raja Raja tentang asal usul Sultan Perak sekarang, Azlan (Sultan Perak) atau Atan Bin Hashim. Beliau bukanlah anak kandung Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke-32) apatah lagi sedikit pun tiada keratin keturunan darah diraja. Dalam perkara ini, pihak yang berkenaan telah pun tahu disertakan dengan bahan bukti. Beliau adalah penjenayah penipuan Negara dan khusus Rakyat Negeri Perak. Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja yang bertanggungjawab mengarah beliau turun dari takhta atau mengenakan undang-undang. Rakyat Malaysia telah tahu cerita sebenar. Disini rakyat melihat undang-undang yang sedia ada adakah diperguna atau sebaliknya.

Pembaca budiman, Raja Ahmad Nasir menyambung cerita yang lepas kisah perlantikan Sultan dalam Negeri Perak dan peraturan. Kali ini Raja Ahmad Nasir menyampaikan peraturan Anak Raja Bergelar pula. Buku Adat Lembaga diterbitkan pada tahun 1934. Buku ini disusun semasa pemerintahan Paduka Seri Sultan Iskandar Shah.

1) Yang Amat Mulia Raja Di Hulu

2)Yang Amat Mulia Raja Di Darat

3)Yang Amat Mulia Raja Di Baruh

4)Yang Amat Mulia Raja Kecil Besar

5)Yang Amat Mulia Raja Kecil Sulong

6)Yang Mulia Raja Kecil Tengah

7) Yang Mulia Raja Kecil Muda

8)Yang Mulia Raja Kecil Bungsu

Pada tahun 1930an gelaran Raja Di Hulu,Raja Di Darat,Raja Di Baruh dan Raja Kecil Muda dikosongkan.Menurut catatan dalam" Royal Family and Chief" terdapat juga gelaran Raka kecil laki,tetapi tiada pula tercatat tugasnya dan gelaran ini walaupun pernah digunakan tetapi hilang dari susunan warisan negeri.Di awal abad ke 18,Raja kecil Muda merupakan tokoh terpenting dalam kerajaan negeri perak.Dari Misa Melayu (halaman 55) pernah juga dicatatkan wujudnya gelaran Raja Kecil Bongsu Muda.Sultan Iskandar Dzulkarnain melantik adindanya yang bongsu(Raja Ahmadin) sebagai Raja Kecil Bongsu,manakala Raja Ibrahim,Putera Raja Muda dikurniakan gelaran raja Kecil Bongsu Muda.

Pembaca Budiman,Raja Ahmad Nasir menyampaikan susunan Anak raja Bergelar ketika pemerintahan peduka Seri Sultan iskandar shah dan disambung di lain seri,Raja Ahmad Nasir menyampaikan lagi susunan anak Raja Bergelar Perlembagaan Negeri Perak pada tahun 1953 ketika pemerintahan Almarhum Sultan Yussuf.

Raja Ahmad Nasir amat kecewa dengan sikap pembesar Negeri Perak dan juga Ahli Dewan Negara yang tidak bertanggung jawab dan hanya pentingkan diri sendiri walaupun mereka tahu Azlan (Sultan Perak) atau Atan bin Hashim bukan warisan di raja.Di sinilah punca yang menjatuhkan martabat institusi raja raja serta Agama.Kedaulatan Sultan dipermainkan dan maruah digadai secara tidak langsung.Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung dan majlis raja raja mesti bersikap tegas dan menurunkan Azlan (Sultan Perak) atau Atan Bin Hashim turun dari tahta secepat mungkin.Wassalam.