Sunday, October 24, 2010

NAMA SEBENAR AZLAN (SULTAN PERAK)

Assalammualaikum...

Pembaca yang menanti cerita selanjutnya. Kali ini menceritakan iaitu Sultan Perak. Nama beliau yang sebenarnya ialah ATAN BIN HASHIM. Bapa beliau bekerja sebagai pekerja biasa di istana. Ketika itu, Azlan (Sultan Perak) adalah anak angkat kepada Toh Puan Khatijah. Toh Puan Khatijah telah menukarkan namanya kepada Raja Azlan dan Toh Puan Khatijah ada seorang anak raja dibawah jagaan beliau iaitu Raja Baharom. Disinilah kesempatannya Azlan (Sultan Perak) Atan Bin Hashim mengambil kesempatan seolah-olah beliau pewaris raja (anak raja). Sedangkan beliau ini anak orang kebanyakan kerana itulah beliau tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik. Apatah lagi bersemayam di Istana Iskandariah. Begitu juga isteri beliau Bainun (Raja Permaisuri).

Tugas sebagai seorang pendidik, beliau ini adalah keturunan mamak. Apabila beliau bernikah dengan Azlan (Sultan Perak) disinilah puncanya berlaku satu pertadbiran yang dirancang oleh mereka untuk mengubah institusi raja-raja Negeri Perak dan beliau telah menggunakan tipu muslihat dengan pihak Ahli Dewan Negara dan juga Menteri Besar Perak untuk menguasai takhta kerajaan Negeri Perak.

Sijil yang telah dibeli Azlan (Sultan Perak) ketika di London sedangkan beliau bukanlah seorang yang cerdik dan pandai tetapi seorang penipu. Disinilah beliau menunjukkan kebijaksanaan beliau menipu rakyat jelata dengan menggunakan Menteri Besar dan Ahli Dewan Negara dengan keistemewaan yang telah dijanjikan dan juga kuasa bagi mereka kiranya ada pihak warisan atau anak-anak raja yang ingin menuntut hak dihalau dan nyatakan perubahan fakta bahawa pihak yang menuntut tidak layak konon-kononya sesiapa yang memiliki akademik yang bagus baru boleh diterima. Ramai juga pihak yang tahu akan asal usul beliau, bahawa bukan waris raja.

Ada yang cuba buat membuat laporan kepada pihak berkuasa (polis) tidak dilayan dan ada juga merasa takut kerana beliau adalah seorang yang zalim dan kejam. Contohnya pekerja yang melakukan kesilapan kecil, gaji mereka akan dipotong dan juga seringkali memanggil pekerja bawahan dengan perkataan ANJING ATAU BABI. Disinilah , yang membuat pekerja-pekerja rasa benci terhadap beliau seisi keluarga.

Pihak Ahli Dewan Negara mahupun pembesar negeri tidak bertanggungjawab atas kerja-kerja mereka. Mengikut Undang-undang perlembagaan Negeri Perak tahun 1953, syarat-syarat menjadi Raja memerintah M/S. 240 (Cempaka Sari). Disini satu kenyataan kiranya Sultan Memerintah yang bukan Waris Negeri hendaklah tutun dari takhta Kerajaan Negeri Perak. Mengikut fakta XiX mengosongkan takhta dengan jelas Undang-undang (2) XX (1)-(4) Raja Pemerintah turun daripada takhta kerajaan dengan sukarela.

Kelayakan / syarat menjadi Raja Pemerintah adalah zuriat Sultan yang kelapan Belas ataupun zuriat Sultan yang Pertama. Yang Mulia Raja Ahmad Nasir telah memberi banyak bukti dan juga fakta-fakta Kerajaan Tubuh Negeri Perak kepada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan lain-lain pihak yang berkenaan tetapi malangnya Seri Paduka Yang Dipertuan Agong begitu lemah dan tidak bermaya untuk memberi jawapan dengan tegas. Disinilah yang menunjukkan bahawa Sultan atau Raja-Raja didalan Negara ini hanya penting pada diri sendiri tidak mengikut atau berpegang kepada Undang-Undang yang telah disenaraikan dalam Negara ini.

Yang mempunyai kuasa pada zaman ini adalah Ahli Politik, Majlis Raja-Raja walaupun Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai patung tak bernyawa, ternyatalah tiada guna kita mempunyai pemerintah yang dinamakan SERI PADUKA YANG DIPERTUAN AGONG yang sepatutnya, Sultan yang seharusnya memerintah negeri sendiri tidak perlu lagi difikirkan untuk mendapat kedudukan yang tinggi tak ubah seperti ‘KUDA KAYU’. Martabat, maruah, agama dan akhlak jatuh berkecai yang tidak mempunyai panduan dan pedoman untuk menaikkan martabat negeri, bangsa dan Agama. Daya pemikiran yang cetek tetapi mempunyai sijil pelajaran luar negara.

Kenyataan yang disampaikan oleh YM Raja Ahmad Nasir sangat kecewa dengan sikap Seri Paduka Yang diPertuan Agong, Majlis Raja-Raja yang tidak bertanggungjawab, tidak memegang AMANAH ALLAH atau KETUA AGAMA MUFTI sendiri sambil lewa mengwujudkan semangat Islam malah mereka sendiri tidak pegang teguh dan jadi diri membawa jalan sunnah Islam.

Wujudnya YM Raja Ahmad Nasir menuntut hak takhta Kerajaan Negeri Perak barulah Azlan (Sultan Perak) cuba berjinak-jinak dengan rakyat begitu juga Nazrin (Raja Muda Perak) sanggup pergi ke lokasi sampah sarap. Disinilah menunjukkan bahawa imej Raja jatuh. Tak ubah seperti sampah masyarakat tak tahu menyesuaikan diri di lokasi atau tempat yang harus beliau kunjungi.

Sekian Buat kali ini.

Wassalam.

Tuesday, October 5, 2010

Assalammualaikum...

Para pembaca blog yang mengikuti cerita sebenarnya berlaku dinegeri Perak ketika ini.

Y.M. Raja Ahmad Nasir ingin menyampaikan satu lagi bahan salasilah yang terbaru dibuat oleh Azlan (Sultan Perak) memutar belitkan salasilah dan juga cuba membentuk empayarnya sendiri. Sedangkan beliau sedikit pun tiada berkait dengan darah raja.

Didalam salasilah terbaru ini Raja Ahmad (RKT) Sultan Muda Bin Raja Said (Daik) disini dan nampaknya penipuan dilakukan oleh beliau yang sebenarnya.Sultan Abdul Malik mempunyai 2 orang putera iaitu :-

1. SULTAN ABDULLAH MUAZZAM SHAH (S20)
2. RAJA KECIL TENGAH AHMAD adalah saudara kandung Sultan Muazzam Shah.

Yang sebenarnya Raja Kecil Tengah Ahmad bernikah dengan Cik Puan Busu iaitu Puteri Raja Bugis Daing Masoh. Raja Che Puan Busu bukannya anakanda Sultan Abdullah Muazzam Shah (20) , ternyatalah sejarah kita negeri Perak menjadi tidak teratur disebabkan Azlan (Sultan Perak) memutar belitkan salasilah.

Didalam blog ini juga Y.M. Raja Ahmad Nasir memasukkan salasilah yang dibuat oleh Azlan (terbaru) dan juga salasilah pertabalan Almarhum Sultan Yusuf serta terdapat dalam buku sejarah kesultanan Negeri Perak (Cempaka Sari), buku tersebut ditulis oleh M.A Fauzi Basri.

Almarhum Sultan Idris (28) mempunyai ramai isteri iaitu :-

1. D.Y.M.M RAJA PEREMPUAN, RAJA NUTEH AISHAH BINTI ALMARHUM SULTAN YUSUF SHARIFUDDIN MUDZAFFAR SHAH (S27)
2. TENGKU PERMAISURI, CIK UTEH MARIAH BINTI HAJI SULAIMAN;
3. SHARIFAH ALAWIYAH;
4. SHARIFAH MAHERAN;
5. CIK LONG POLAM;
6. CIK NGAH MANAH;
7. CIK SUYAH;

Kenyataan yang disebut salasilah baru ini bahawa bonda kepada Almarhum Sultan Iskandar Shah (30) adalah Toh Puan Merah, iaitu isteri kedua kepada Sultan Idris (28) ternyata salasilah ini tidak benar. Bonda kandung Almarhum Sultan Iskandar adalah Cik Ngah Manah. Sila rujuk buku sejarah Malaysia tahun 1972 Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.

Almarhum Sultan Yusuf bernikah dengan Raja Perempuan Taakyah dan mendapat seorang Putera bernama Y.M. Raja Ekram gelaran Raja Kecil Muda 1948 dan seorang lagi Puteri berkahwin dengan Y.M. Tengku di Wangsa Klang brother of H.H the Sultan of Selangor. Disini kenyatannya Raja Baharom dan juga beliau ternyata telah menipu rakyat Malaysia khususnya Negeri Perak bahawa Azlan adalah anak pelihara oleh Toh Puan Khatijah di Batu Gajah tinggal sebumbung dengan Raja Baharom. Kesempatan inilah Azlan mengambil langkah untuk menyatakan beliau anak almarhum Sultan Yusuf. Raja Baharom bukan anak SultanYusuf tetapi beliau telah diberi amanah kepada Toh Puan Khatijah untuk menjaganya dan bonda saudaranya yang dikenali Raja Botak dan Raja Alawiyah seringkali berziarah Raja Baharom di Batu Gajah. Ini adalah cerita sebenar-benarnya.

Satu lagi kenyataan Warisan Sultan apabila menikah dengan anak orang kebanyakkan disebut Toh Puan. Bagaiman nama Bainun asal keturunan daripada mamak mengguna nama Raja (Raja Bainun), disini kita nampak ibarat “kaduk naik junjung”, tidak sedar diri asal usul sendiri.

Azlan (Sultan Perak) tiada hak didalam negeri ini disebabkan ada pihak yang bersekongkol dengannya diatas perlantikkan beliau sebagai anak Raja Bergelar maka dengan itu beliau berjaya menaiki takhta kerajaan Negeri Perak. Kemungkinan besar dalam perkara tersebut bekas Menteri Besar Perak iaitu Dato Sri Ramli Ngah Talib dapat menjawabnya. Begitu juga dengan Dato Wan Fadil juga tahu cerita yang sebenarnya, kerana itu beliau dilantik sebagai Dato Panglima Kinta.

Mengikutkan Perlantikkan Kesultanan Negeri Perak mempunyai fakta dan atika Undang-undang Tubuh Negeri Perak telah diubah oleh Azlan (Sultan Perak) yang tak tahu menghargai pertolongan orang sanggup melakukan jenayah penipuan di Negeri Perak dan sekarang beliau telah cuba melanggar peraturan perlantikan hanya untuk keluarganya dan cucu bertujuan merampas takhta Kerajaan Negeri Perak yang berdaulat.

Disini Y.M Raja Ahmad Nasir mencabar warisan keturunan Kesultanan Negeri Perak yang berdaulat dimanakah penentang-penantang yang berani tampil kehadapan untuk menyingkirkan Azlan (Sultan Perak) termasuklah Raja Jaafar Raja DiHilir dan juga Raja Y.M.M Raja Iskandar Dzulkarnain termasuk Raja Izzuddin dan lain-lain lagi, menebus kembali maruah Negeri yang berdaulat ini.

Sekian, Wasalam.