Monday, November 14, 2011

Dimana Letak Keadilan Kesultanan Negeri Perak


Pembaca yang setia yang mengikuti blog YM Raja Ahmad Nasir cerita kali ini adalah kisah Kerabat Diraja Perak menyiar didalam berita Sinar, Khamis 3hb.Nov 2011.tajuk:KERABAT PERAK BERI AMARAN GESA YM RAJA AHMAD NASIR HENTIKAN TINDAKAN CEMARKAN NAMA SULTAN PERAK.
Disini ingin YM Raja Ahmad Nasir memberi sepatah dua kata adakah Kerabat Diraja Perak telah di beri mandat diatas perkara tersebut. Kenapa Sultan Perak sendiri tidak menyampaikan kata-kata beliau tehadap Raja Ahmad Nasir.
Pembaca yang setia.
Raja Ahmad Nasir telah menghubungi pihak Sinar& beberapa media membuat PC di rumah beliau. Pihak Sinar berjanji akan hadir pada hari Jumaat 4hb Nov 2011 tetapi disaat terakhir pihak sinar mengahantar SMS bahawa pihak beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai masalah. Pihak Sinar mahu Raja Ahmad Nasir mengahntar kenyataan melalui e-mail. Disini satu kenyataan bahawa tidak ada keadilan dan tidak ada kebebasan bagi orang seperti Raja Ahmad Nasir.
Para pembaca cuba perhatikan dan lihat sendiri Undang-undang sedia ada. Yang SALAH dikatakan Betul. Yang BENAR tidak diakui. Apakah yang dikatakan MERDEKA??? Apakah erti DEMOKRASI??? Apakah UGAMA Negara ini??? kalau negara ini mempunyai Yang Dipertuan Agong dan setiap negeri mempunyai sultan apakah KUASA mereka??? Dimana letaknya kemakmuran negara ini??? Dimana yang dikatakan intergeriti oleh Perdana Menteri kita. Disinalah fahaman amat berbeza seperti langit dan bumi masing-masing membina empayar sendiri.Jari menunjuk kelingking mengait.
Para pembaca yang setia Ahli Politik tidak boleh campur tangan dalam soal institusi Raja-raja. Disinilah satu petunjuk bahawa p[ihak politik yang memainkan peranan dan sultan diketepikan. Kerana itulah Sultan Perak dibela, dijagai,dilindungi agar pihak politik mengambil kesempatan diatas nama sultan menguasai segala-galanya didalam negeri ini.
Raja Ahmad Nasir bukan menentang mana-mana sultan tetapi beliau hanya mahu dikembalikan HAK WARISAN terdahulu. Raja Ahmad Nasir telah memberi tahu kepada Setiausaha Sulit, Ahli Dewan Negara tetapi tidak diindahkan. Tidak ada TOLAK ANSUR.TIADA BUDI PEKERTI kerana itulah perkara buruk tersebar luas.
Datuk saudara Raja Ahamd Nasir adlah penghulu di Batu Gajah kemudian digantikan dengan bapa saudaranya. Bagaimana Raja Ahmad Nasir tidak tahu asal-usul Sultan Perak ini bukan lah satu-satunya memburukan nama Sultan Perak tetapi satu kenyataan benar. Sultan Perak mesti terima hakikat dan beliau sendiri tahu asal-usulnya. Beliau tidak boleh bersemayam di Istana dan bermastautin di tanah yang berdaulat dan tidak mengikuti Adat Istiadat Pertabalan Kesultanan terdahulu.
Dengan itu Raja Ahmad Nasir mempunyai fakta,Alat kebesaran Negeri Perak. Terbukti bahawa Sultan Perak yang ada sekarang ini bukan warisan dari Sultan Ahmaddin mahu pun Alharhum Sultan Yusuf.
WASALAM

Tuesday, November 1, 2011

WARISAN RAJA

Pada semua pembaca yang setia walaupun dimana jua berada tak kira apa kaum .YM Raja Ahmad Nasir ucapkan ribuan terima kasih kerana kesetian mengikuti perkembangan blog sehingga kini.sekali lagi YM Raja Ahmad Nasir menjelaskan salasilah keturunan bersangkutan opah dan datuk. (ninda lelaki dan perempuan) adalah keturunan dari darah raja. Siti Aminah adalah cucu kepada Sultan Abdullah Muazzam Shah(sultan ke-20). Raja Uda Samsuddin adalah anak kepada Raja Kulop Muhammad bin Alang Iskandar(bendahara).Bonda kepada Almarhum Sultan Idris Kedua(sultan ke33) adalah adik kepada Raja Uda Samsuddin.


Disini satu kenyataan bahawa Almarhum Sultan Idris kedua adalah bapa saudara kepada YM Raja Ahmad Nasir. Tanah di Kampung Fakri,Almarhum Sultan Idris kurniakan kepada ninda perempuan iaitu sebelah bonda Raja Ahmad Nasir. Tujuan dikurniakan tanah itu semoga beliau dapat berhubung dengan ayahanda YM Raja Ahmad Nasir supaya tidak putus hubungan kekeluargaan.

YM Raja Ahmad Nasir ketika itu bermastautin di Singapura. Almarhum Sultan Idris,adinda nya Intan Suraya dan kekanda nya Raja Rafeah dan yang lain-lain sentiasa berhubung dengan ayahanda YM Raja Ahmad Nasir. Apabila ninda YM Raja Ahmad Nasir meninggal, Disini lah punca putus hubungan. Setelah ayahanda YM Raja Ahmad Nasir berhijrah ke Johor Baharu. Ninda lelaki YM Raja Ahmad Nasir telah datang ke Johor Baharu mengziarah keluarga YM Raja Ahmad Nasir dan menyampaikan pesanan untuk kembali ke Negeri Perak atas urusan yang perlu diselesaikan apabila habis tempoh sumpahan 7 keturunan

Ninda beliau menceritakan kesemua asal usul diri nya dan juga isteri nya(Siti Aminah) YM Raja Ahmad Nasir ayahandanya telah diberi tanggungjawab yang berat yang belum pasti dapat dilaksanakan. YM Raja Ahmad Nasir dan keluarga pulang ke Negeri Perak pada tahun 1979 dan ketika itu YM Raja Ahmad Nasir masih berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Apabila sampai masa dan ketikanya ayahanda YM Raja Ahmad Nasir cuba melaksanakan tugas beliau tetapi gagal.YM Raja Ahmad Nasir tidak terfikir untuk menyambung tugas berat yang di wasiatkan(Amanat) disebabkan YM Raja Ahmad Nasir bukan gila kan kuasa,pangkat darjat ataupun kekayaan ketika itu YM Raja Ahmad Nasir bertugas di Kuala Lumpur. Satu perkara telah berlaku terhadap keluarganya iaitu anak dan isterinya jatuh sakit adik beradik tidak bersefahaman. Disitulah puncanya YM Raja Ahmad Nasir bertemu dengan seorang guru Mursid meminta pandangan diatas perkara yang berlaku.

YM Raja Ahmad Nasir mengambil keputusan melaksanakan tanggungjawab sehingga hari ini. Ternyata segala yang berlaku diatas keluarganya pulih seperti sediakala(aman dan damai) urusan ini telah berlaku selama 8 tahun. Allamdulillah perlaksanan tugas berjalan dengan baik dengan kehendak Allah.

Selama ini hanya pihak atasan sahaja yang mengetahuinya. Sekarang YM Raja Ahmad Nasir cuba menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata di Malaysia khusus nya di Negeri Perak.



SEKIAN WASALLAM