Sunday, December 27, 2009

Assalamulaiakum W.B.T
Pembaca yang dihormati,

Didalam post kali ini, Raja Ahmad Nasir ingin menjelaskan serba ringkas bagaimana berlakunya sumpahan 7 keturunan atau 7 giliran Sultan memerintah di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pada zaman terdahulu tahun 1889. Diantara Raja Kulup dengan adinda Raja Idris (1) ke-28. Perlantikan Sultan Idris (1) telah dilantik oleh pihak British, sedangkan beliau adalah anak ke-3 daripada Raja Alang Iskandar (Bendahara) disitulah beliau hampir-hampir disingkirkan kerana tidak mengikut peraturan warisan perlantikan dimana Raja Kulup Muhammad adalah anak sulung sedangkan beliau adinda yang tidak sepatutnya memegang takhta pada ketika itu. Dengan kebijaksanna beliau (Raja Idris (1)) membuat baik dengan pihak British dan disinilah menjadi punca terjadinya sumpahan di negeri Perak.

Sumpah yang dimaksudkan bukannya seperti cerita lagenda Mahsuri Di Langkawi atau sumpahan yang berlaku Sultan Melaka terhadap Puteri Gunung Ledang. Mengikut adat istiadat negeri Perak, apabila seseorang Sultan yang memegang takhta telah mangkat maka bakal sultan baru hendaklah bersumpah dihadapan jenazah dan disaksikan oleh pembesar-pembesar. Maka sumpahan ini adalah suatu ikrar yang biasa dilakukan dan berjanji untuk menjalankan tugas melaksanakan pentadbiran negeri dengan bijaksana serta adil kepada rakyat.

Sumpahan yang berlaku terhadap warisan Raja Ahmad Nasir adalah berlainan dengan erti kata lain bahawa sumpahan itu berlaku ketikanya pertabalan sultan yang baru yang diangkat pemegang takhta negeri Perak sebagai warisan negeri. Mengikut sejarah bahawa lagenda tersebut telah lama diguna pakai perantaraanya Demang Lebar Daun dengan Sri Tri Buana. Mereka meletak syarat sumpah setia. Sumpahan itu berhubung kait dengan Bukit Si Guntang. Sehingga hari ini masih lagi digunakan ketika pertabalan Sultan-Sultan. Apabila berlaku sumpahan hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang tahu apabila berlakunya perantaraan pihak dikenakan sumpahan tersebut dan pembesar-pembesar Negeri termasuklah Pawang Besar Istana. Hal ini adalah satu rahsia yang disimpan oleh pihak pembesar tersebut,akan tetapi sultan yang mentadbir negeri juga akan mencari warisan tersebut apabila sampai masa sumpahan 7keturunan atau 7giliran sultan telah tamat.

Untuk mengenali warisan yang kelapan dari sumpahan warisan tersebut pertamanya,hendaklah mengenali diri dan nama warisan
warisannya. kedua,hendaklah warisan tersebut menjejak kaki didalam istana. Ketiga,hendaklah melawat makam warisan tersebut. keempat,selepas selesai beliau hendaklah ke Beting Beras Basah sebagai pengesahan dan juga perlu menggunakan pawang yang menjaga kawasan Beting Beras Basah.Warisan tersebut yang tidak mempunyai nama raja hendaklah memohon kembali dan memakai nama Raja. Apabila telah mengguna pakai nama Rja barulah beliau berhak memohon kembali sebagai pemegang takhta kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sekiranya warisan tersebut telah menyampaikan atau mengenalkan diri dan pihak istana tidak dapat menerimanya maka sumpahan itu akan berlaku kepada sultan yang memerintah. Kalau Raja engkar perjanjian dengan hamba melayu maka Allah terbalikkan takhta keraja negerinya. Disinilah puncanya kejadian didalam negeri Perak ketika ini.

Para pembaca yang dihormati, ada empat jenis buku yang telah dimasukkan didalam blog/laman web ini. Didalamnya menunjukkan bahan-bahan bukti yang lebih jelas dan nyata sejarah kebenaran warisan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak 1948 dan 1953 dan asal usulnya atau wujudnyakesultanan negeri Perak pada tahun 1528.

Kenyataan yang disampaikan oleh Raja Ahmad Nasir bahawa Sultan Perak yang ada sekarang ini bukan warisan dari benih zuriat Sultan Perak ataupun dikatakan anak kandung Almarhum Sultan Yusuf. Kenyataan bukti itu berada didalam Buku The Royal Family Of South East Asia, Dan salasilah tersebut juga adalah pengesah dari pihak polis IPD Ipoh.Hanya setakat ini yang dapat disampaikan akan para pembaca memahami inti pati cerita tersebut.Hingga ketemu dilain bingkisan. Wassallam

Tuesday, December 22, 2009

ROYAL FAMILY OF SOUTH-EAST ASIA
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH


CEMPAKA SARI:SEJARAH KESULTANAN NEGERI PERAK

SOUVENIR OF THE INSTALLATION OF H.H SIR YUSSUF IZZUDIN SHAH




Saturday, December 19, 2009

Assalamualikum W.B.T

Wujudnya Raja Ahmad Nasir pada masa ini bukan kerana ke gilaan kuasa, pangkat, darjat, atau martabat. Apa yang berlaku adalah sebagai pewaris Raja Negeri Perak. Warisan ke8 daripada Sultan Ahmadin S(18) sehingga Raja Ahmad Nasir ataupun Sumpahan 7 Keturunan atau 7 giliran Sultan barulah dikehendaki mengenalkan diri pada pihak istana baru boleh menjejak kaki ke istana.

Wahai pembaca yang budiman,tahukah anda sejarah yang sebenar Negeri Perak. Bagaimana pihak Inggeris mempermainkan atau mengubah sejarah yang sebenarnya. Dan ada juga pihak pembesar negeri mengambil kesempatan untuk mendapatkan kuasa, darjat, dan pangkat serta kekayaan untuk kepentingan diri sendiri sehingga ajaran agama Islam turut dilupakan serta kata-kata agama itu dilakukan sebagai suatu simbol. Dimana letaknya, diatas kebenaran. Adakah anda tahu:
1.Adat istiadat pertabalan warisan Sultan.
2.Berapa ramai warisan kerabat Diraja tidak mengguna pakai nama Raja.(Kenapa,Mengapa, dan apa sebabnya?).
3.Adakah anda tahu undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 dan 1953?

Kewujudan Raja Ahmad Nasir bukanlah kehendak diri sendiri tetapi itu adalah satu UMMANAT dan AMANAH oleh ninda Raja Uda Samsuddin kepada Raja Ahmad Nasir.Anda tahukah apa yang telah berlaku?. Ketika itu Raja Ahmad Nasir bertugas sebagai Pengawal Peribadi di Kuala Lumpur, 2 orang anaknya ke-3 dan ke-4 talah jatuh sakit tanpa sebab sehingga dibawa ke hospital pakar untuk mengesan apakah penyakit anak-anaknya tetapi pihak pakar tidak dapat memberi jawapan hingga terjumpa ahli Sufi memberi tahu perkara yang sebenar iaitu UMMANAT dan AMANAH dari Ninda Raja Uda Samsuddin hendaklah dilaksanakan.

Dikalangan keluarga Ahmad Nasir, Ayahanda, Bonda serta adinda-adindanya tidak sefahaman, ada sahaja perkara-perkara yang didak diingini berlaku. Ayahanda Raja Ahmad Nasir berkelakuan aneh,sehingga kini beliau didalam keadaan tidak sihat oleh kerana beliau tidak melaksanakan tugas beliau.

Apabila Raja Ahmad Nasir mengambil alih tanggungjawab barulah nampak reda, bersefahaman diantara satu sama lain, berkerjasama dan ternyata segala tugas yang dilakukan berjalan dengan baik dan mudah tanpa ada halangan dengan izin Allah S.W.T.

Wahai pembaca yang dihormati,banyak lagi perkara yang anda tidak ketahui, dengan itu Raja Ahmad Nasir mengharap para budiman memahami isi kandung artikel ini dan akan disambung lagi pada suatu masa dan lihatlah sendiri apa yang ada dari Raja Ahmad Nasir.

Terdapat alat-alat kebesaran Warisan Keturunan Negeri Perak yang diwarisi oleh Raja Ahmad Nasir iaitu Keris Majpahit, Keris Gading, Keris Mayang Sari(Sultan Abdullah Muazzam Shah S(20), Keris Kayu Anak Raja Bermain. selain itu warisan lain ialah, Pedang, Tombak, Cucuk Sanggol Permaisuri, Gong, Geliga Embun dan batu-batu cincin warisan terdahulu. Raja Ahmad Nasir juga memiliki Batu bersurat yang terdapat dimakam Al-Marhum Teja , Raja Kota Baru Perak, Ayahanda kepada Raja Kulup Muhammad(Raja Alang Iskandar) Raja Bendahara Perak. selain itu, Siput berukiran gambar buaya yang diperolehi di Beting Beras Basah dan Besi Beling yang telah diperolehi di perigi Beting Beras Basah.Inilah alat-alat kebesaran yang masih ada pada Raja Ahmad Nasir. Insyaallah akan dipaparkan gambar alat-alat kebesaran ini dalam post-post yang akan datang. WASSALAM.

Friday, December 18, 2009

Koleksi Gambar Kenangan

Bersama Dato' Raja Mansur (Pengelola Bijaya Di Raja), di pejabat DYMM Sultan Perak

Bersama Pawang Diraja, Beting Beras Basah

Menziarahi makam Nenda Al-Marhum Raja Kulup Muhammad, Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak

Alat-alat kebesaran yang dimiliki YM Raja Ahmad


Utusan Malaysia 15/4/09

Raja Ahmad tuntut jawatan Raja-Raja Bergelar

KUALA LUMPUR 14 April - Seorang lelaki yang mengaku dirinya kerabat diraja Perak memohon ditabalkan ke salah satu dari dua kekosongan jawatan Raja-Raja Bergelar di negeri itu.

Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi mendakwa, beliau memiliki hak untuk menduduki kekosongan itu kerana merupakan waris negeri atau waris dari Sultan Ke-18, Sultan Ahmadin Shah.

"Saya bukan mahu wang, saya hanya mahu kedudukan itu sahaja kerana datuk saya pernah berpesan kepada saya untuk mendapatkannya," katanya di sini hari ini.

Menurut Raja Ahmad, beliau yakin memiliki hak yang sama rata dengan mana-mana waris negeri untuk mendapatkan gelaran tersebut.

Jelasnya, walaupun Istana Perak telah menjelaskan bahawa hanya ahli kanan waris negeri yang layak dilantik, beliau tetap mempertahankan haknya itu kerana yakin dirinya merupakan waris Raja Kulop Mohammad.

Kata beliau, keturunannya sebelum ini tidak pernah menuntut kedudukan Raja-Raja Bergelar kerana mereka telah dikenakan sumpahan yang antaranya menyebabkan terpaksa menggugurkan istilah Raja dalam nama mereka.

Jelas beliau, selepas melepasi sumpah tujuh keturunan itu, barulah beliau berhak untuk memenuhi tuntutan tersebut.

Jelasnya, beliau mempunyai bukti keturunannya yang kukuh dan membolehkan dirinya memohon untuk memenuhi gelaran itu.

Mengikut perundangan Perak, hanya ahli kanan waris negeri iaitu anak-anak kepada Raja Pemerintah, bakal-bakal Sultan dan Raja-Raja Bergelar sedia ada sahaja yang dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan Raja-Raja Bergelar jika ada.

Thursday, December 10, 2009

SALASILAH RAJA AHMAD NASIR WARISAN DIRAJA PERAK

SURAT DARI PEJABAT D.Y.M.M PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN


SURAT PENGESAHAN SALASILAH DARI PEJABAT D.Y.M.M PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

SALSILAH DIRAJA SULTAN PERAK




SALASILAH DIRAJA SULTAN PERAK


SALASILAH DIRAJA SULTAN PERAK














MENUNTUT HAK...

ARKIB : 06/05/2009

Ahmad tuntut hak jawatan Anak Raja Bergelar


RAJA Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi menunjukkan keris pusaka yang didakwa warisan kesultanan Perak.


SETAKAT yang terakam oleh sejarah, kesultanan Melayu Perak bermula pada abad ke-15 iaitu apabila Sultan Muzaffar Shah I dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang pertama pada 1528.

Sultan Muzaffar Shah I merupakan putera kepada Sultan Mahmud Shah yang memerintah Melaka ketika itu dan diperkenan atas permintaan dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim.

Baginda ditabalkan sebagai Raja Perak yang pertama di Beting Beras Basah selepas terkandas dalam pelayaran menuju ke Perak.

Sepanjang lebih lima abad warisan kesultanan Perak itu berkembang, pelbagai peristiwa perselisihan dan perebutan takhta diperturunkan dari satu generasi ke generasi sama ada secara lisan atau bertulis.

Antaranya perselisihan antara Raja Bendahara Ismail dan Raja Muda Abdullah selepas kemangkatan Sultan Perak ke-24, Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah pada 1871.

Perselisihan juga berlaku dalam pelantikan Sultan Perak Ke-28 selepas kemangkatan Sultan Yusuf Sharifuddin Muzzaffar Shah. Jika mengikut adat warisan, Raja Kulop Muhammad adalah abang yang seharusnya menaiki takhta.

Namun, kerana campur tangan daripada pihak British, Sultan Idris Murshidul 'adzam Syah sebaliknya dilantik sebagai Sultan Perak Ke-28.

Maka, di sinilah berpuncanya sumpahan tujuh keturunan dan tujuh giliran Sultan tidak boleh menjejakkan kaki ke istana.

Bagaimanapun, sumpahan itu telah berakhir kepada Raja Abdullah Azizi yang merupakan putera bongsu kepada Raja Uda Samsuddin hasil perkongsian hidup dengan Siti Aminah.

Ini bermakna, keturunan selepas Raja Abdullah Azizi iaitu generasi kelapan daripada Sultan Ahmadin Shah tidak lagi terikat dengan sumpah tujuh keturunan itu.

Kerana itu juga, anak sulung Raja Abdullah Azizi iaitu Raja Ahmad Nasir tampil menuntut untuk menyambung warisan kedudukan Raja Bergelar yang merupakan hak keturunannya.

Menurut Raja Ahmad Nasir, sejak 2004, beliau telah beberapa kali memperkenalkan diri kepada Sultan menerusi perutusan surat.

Malangnya tidak mendapat sebarang maklum balas.

Beliau juga telah menjelaskan kedudukan dengan memperkenalkan diri, warisan dan salasilah keturunan di pejabat Istana bagi dibolehkan memperguna semula nama raja di dalam kad pengenalannya.

Permohonan itu akhirnya diluluskan pada 19 Disember 2007 selepas ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara pada Ogos 2006.

Sejak mendapat kebenaran itu juga, Raja Ahmad Nasir kemudiannya memohon jawatan Anak Raja Bergelar di dalam negeri Perak.

Permohonan ketiga beliau dijawab oleh Toh Amar Seri DiRaja, Datuk Ayob Hashim yang menyatakan hanya warisan kanan Sultan memerintah ketika ini sahaja yang layak.

Dalam surat rayuan balas, Raja Ahmad Nasir telah meminta untuk ditunjukkan fakta Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang terbaru dan berkuat kuasa ketika ini.

Beliau juga telah mengusulkan fakta Undang-Undang Tubuh Negeri Perak 1948 berhubung larangan Sultan XXII (I).

Ia antara lain menyebut adalah diharamkan bagi raja yang memerintah mengubah kedudukan negeri Perak.

''Bagaimanapun, selepas saya membalas surat tersebut termasuk kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Negeri Perak, Datuk Shamsul Baharin pada 12 Disember 2008, tiada jawapan diberikan oleh pihak ibu pejabat Istana Iskandariah Kuala Kangsar," katanya.

Menurut Raja Ahmad Nasir, beliau tidak bermaksud untuk mencabar kedudukan Sultan Perak kerana tidak mahu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pihak istana mahupun rakyat kebanyakan.

Sebaliknya, beliau hanya menuntut hak dan keistimewaan termasuk jawatan Anak Raja Bergelar memandangkan telah dipilih dan diamanatkan oleh datuknya untuk menyandang kembali jawatan tersebut.

Raja Ahmad Nasir menambah, apa yang menjadikan beliau berhak terhadap jawatan itu ialah kerana sumpahan tujuh keturunan atau tujuh giliran Sultan itu sudah pun tamat.

Sementelah, datuk dan nenek beliau juga adalah waris Sultan Ahmadin manakala jawatan Raja Kecil Bongsu dan Raja Kecil besar masih kosong.

''Saya juga mempunyai fakta-fakta berdasarkan perundangan negeri Perak yang menunjukkan bahawa saya layak mengisi mana-mana jawatan tersebut," katanya.

Dalam mengukuhkan tuntutan beliau, Raja Ahmad Nasir turut menarik perhatian mengenai kedudukan Istana Iskandariah yang tiada berpenghuni tetap.

Difahamkan, waris sultan yang memerintah lagi berdaulat sahaja yang boleh bersemayam di Istana Iskandariah.

Sekiranya bukan warisan atau zuriat daripada keturunan Sultan Ahmadin ke-18, maka mereka tidak boleh bersemayam di istana tersebut.

Seandainya beradu, pada keesokan harinya dikatakan akan dialihkan daripada tempat peraduan.

Sultan yang bukan daripada keturunan Sultan Ahmadin juga tidak boleh melalui pintu hadapan kerana dikatakan akan ditimpa musibah.

Sesiapa sahaja daripada Sultan yang memerintah yang tidak mengikut adat dan bersekongkol dengan ahli Dewan Negara juga akan menerima musibah.

Ini kerana tanggungjawab Dewan Negara ialah memegang amanah, melaksanakan tugas dengan adil dan sebagai penasihat kepada Sultan.

Raja Ahmad Nasir menambah, Raja-Raja berperlembagaan seharusnya menjelaskan perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan, salah sangka dan perasaan sangsi di kalangan rakyat.

Kesungguhan berbuat demikian dengan sendirinya akan menimbulkan rasa hormat di kalangan masyarakat terhadap institusi raja-raja.

''Perlembagaan Kesultanan Melayu Negeri Perak adalah unik mengikut giliran tidak seperti negeri-negeri lain. Maka haram bagi Sultan mengubah akan kedudukan negeri," katanya.

Perkara tuntutan Anak Raja Bergelar ini tambah Raja Ahmad sudah dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ia juga sudah diajukan kepada pejabat Menteri Besar yang memberi jaminan untuk membawanya ke minit mesyuarat.