Tuesday, June 22, 2010

Assalammualaikum...

Pembaca dan pengikut yang setia. Cerita ini mengisahkan Sultan Negeri Perak langsung tidak tahu mentadbir negeri dan juga tidak pernah bermesra dengan rakyat apatah lagi untuk berbakti kemasyarakatan rakyat negeri ini. Seharusnya sebagai Sultan Negeri, beliau adalah warisan Nabi Muhammad S.A.W. menunjuk contoh yang baik pada masyarakat umumnya.

Oleh kerana beliau bukanlah warisan tulen dari keturunan Sultan Ahmadin apatah lagi benih yang sah dan darah yang mengalir dari tubuh beliau bukanlah anak kandung / kandungan dari Almarhum Toh Puan Khatijah dan juga Sultan Yusuf disinilah punca-puncanya beliau menipu rakyat jelata khususnya rakyat Negeri Perak.

Sikap dan perbuatan beliau tidak pernah mahu menegur sapa rakyat-rakyat miskin apatah lagi menyemai bakti, tolong-menolong pada rakyat yang memerlukan bantuan.

Kesemua makam Sultan yang berdaulat didalam Negeri Perak tidak dijaga, tidak diindahkan apa yang penting bagi beliau wang ringgit dan kuasa. Akan tetapi Raja memerintah lupa akan sumpahan ketika menjadi Pemerintah Negeri Perak yang berdaulat ini.

Istana Iskandariah yang masih kukuh, cantik dan indah tersedia ada beliau tidak dapat bersemayam di Istana tersebut. Malah membina lagi Istana Kedua di Bukit Chandan. Beliau masih tidak bersemayam. Bukankah itu membazir namanya? Wang siapa yang dipergunakan? Bukankah itu wang rakyat?

Sifat beliau yang sungguh memalukan dan juga menjatuhkan martabat Institusi Raja-Raja Melayu, bangsa dan agama islam yang amat-amat dipermainkan oleh kaum lain. Didalam Istana beliau membuat " BAR ROOM", TUKANG MASAKNYA, TUKANG MEMBUAT MINUMANNYA ADALAH KAUM LAIN.

Sekiranya tukang kebun atau pekerja Melayu didalam Istana, beliau mengkeji, mencaci dan maki hamun tanpa bertimbang rasa dan gaji mereka dipotong sewenang-wenangnya tanpa belas ehsan.

Sekiranya pihak atasan seperti pembesar-pembesar Istana atau negeri, siapa yang mengikut kata dan perintah beliau maka ganjaran lumayan atau keistimewaan diberikan kepada mereka yang berjawatan tinggi.

Disinilah pembesar-pembesar Negeri memainkan peranan bagi pihak beliau. Sekiranya warisan Sultan yang pertama dan juga dari Sultan Ahmadin Shah ke-18 yang berhak memohon jawatan anak Raja Bergelar, pembesar-pembesar Istana akan mengusir dengan melahirkan kata-kata kesat lagi biadap tiada langsung sopan santun seperti yang tercatit didalam "RUKUN NEGARA" kita.

Bagaimana rakyat hendak menghormati Sultan yang tidak berdaulat Negeri ini ?

Y.M. Raja Ahmad Nasir telah mengutus surat pada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin Al-Muktafi Billah Shah agar Sultan Perak turun takhta Kerajaan Negeri supaya diserahkan pada yang sebenar iaitu Raja Ahmad Nasir Bin Raja Abdullah Azizi. Perkara ini, pembesar-pembesar negara, negeri dan majlis raja-raja telah pun dimaklumkan termasuklah Ketua polis Malaysia dan juga Ketua Polis Perak akan perkara tersebut.

Kenyataan Raja Ahmad Nasir kepada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong bahawa penjenayah penipuan yang dilakukan oleh Sultan Pemerintah Perak mesti ditangkap dan dihukum, barulah rakyat jelata nampak keadilan, bertanggungjawap dan Amanah sebagai seorang Yang Dipertuan Agong. Setiap yang bersalah mestilah dihukum tak kira kaya atau miskin, tak kira pangkat atau darjat maka barulah semua kaum didalam negara ini menghormati undang-undang, mentaati kepada raja-raja dan takut melakukan kejahatan dengan undang-undang sedia ada dijalankan dengan adil dan saksama. Disinilah letaknya kemakmuran dan kemasyarakatan berbilang kaum, menaik taraf Islam serta sebagai contoh kepada negara lain.

Wassallam.

3 comments:

  1. Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete
  2. asalamualaikaum ahlu sunnah wal jamaah kisah musuh dalam selimut telah terbongkar,warisan raja yang lain tidak berani kerana takut periuk nasi mereka tidak berasap,terpaksalah saya membongkarkannya dan menunjukkan bahan bukti asal usul sultan perak.alat kebesaran negeri perak terutamanya pedang cura si manja kini berada di cengkaman saya tanda kedaulatan sultan perak.di atas pekara ini SRI PADUKA YANG DI PERTUAN AGUNG TUANKU MIZAN,AHLI MAJLIS RAJA RAJA,PERDANA MENTERI,AHLI DEWAN NEGARA NEGERI PERAK,MENTERI BESAR PERAK,KETUA POLIS NAGARA,KETUA POLIS PERAK,MUFTI NEGERI PERAK,DATO'RAIS YATIM DAN RAMAI LAGI YANG LAIN LAIN TELAH TAHU HAL YANG SEBENERNYA. WASALAM

    ReplyDelete