Para pembaca blog yang dihormati. Hari
Raya telah pun menjelang. Kini tiba pula menyambut Hari Kemerdekaan
Malaysia iaitu pada 31hb Ogos 2012. Persoalannya bagaimanakah
sebenar-benarnya kemerdekaan ini wujud. Apakah dasarnya? Adakah kita
rakyat Malaysia betul-betul merdeka? Adakah kemerdekaan ini berpunca
dari Perdana Menteri atau Sultan. Kita mempunyai Agong yang
bertanggungjawab mengikut giliran5 tahun sekali bagi setiap penggal
bagi memegang jawatan tersebut pada setiap sultan dalam negeri bagi
negara ini.
Pernahkah Perdana Menteri memegang
jawatan tersebut? Ceritakan sebenar-benarnya cerita kemerdekaan ini
kepada rakyat jelata. Kalau Perdana Menteri memegang jawatan sekian
lama maka kroni-kroni mereka ini akan menjadi bertambah kaya dan
tidak ada ruang pihak lain untuk mendapatkan projek dan kekayaan itu
berpihak pada mereka yang memegang jawatan yang tertinggi. Puncanya
rasuah menjadi-jadi tidak dapat dibendung & di benteras. Ikan
Paus makan besar, Ikan bilis makan kecil.
Aluanan suara politik berkumandang
menggunakan diatas nama rakyat, nama Agong dan kalimah Allah dengan
hadis-hasis Nabi. Seolah-olah mereka melakukan suatu kebaikkan untuk
rakyat negara ini. Tetapi mereka lupa Seri Paduka Yang Dipertuan
Agong sebagai waris Nabi diketepikan. Nama Agong dipergunakan,
diperalatkan. Undang-undang sebagai lambang menakuti rakyat jelata.
Dimana letaknya keadilan? Dimana yang dikatakan Negara Malaysia ini
Negara Islam.Dimana Negara Malaysia ini mempunyai adab sopan santun,
menghormati yang tua. Sedangkan mereka lupa diri, lupa sumpah, lupa
amanah. Walaupun bersalah mereka boleh terlepas diatas kuasa dan
rasuah yang dipergunakan. Adakah cara ini sebagai Ketua Islam yang
berpelajaran tinggi. Sendiri yang melakukan kesalahan, orang lain
yang menerima hukuman. Segala kesalahan tidak diakui.
Rakyat jelata tahu dan nampak sikap
perbuatan mereka yang angkuh, sombong dan bongkak. Dimedia, di kaca
TV , kata-kata manis menjadi peranan agar mereka dihormati dan
disegani supaya agenda tipu muslihat tidak diketahui. Kenapa tidak
setiap penggal di tukar sama ada baik atau tidak untuk menjadi
seorang Perdana Menteri atau Menteri Besar. Bagi menjadikan negara
ini makmur, bahagia dan merdeka.
Sebagai Seri Paduka Yang Dipertuan
Agong bertanggungjawab memegang amanah yang berat. Beliau seharusnya
menunjukkan beliau adalah sultan yang memegang pada panji-panji, yang
berwibawa, berjiwa rakyat, berbakti, bersikap adil. Barulah disegani
oleh setiap manusia dipelusuk Dunia. Oleh kerana tidak
bertanggungjawab, kesempatan bagi Perdana Menteri mengambil tanjak
tersebut sebagai Sultan didalam negara. Dengan erti kata lain Kaduk
naik junjung. Kalau perkara begini tidak diubah, masih di tampuk
lama usahlah di banggakan. Kita meludah ke langit kena batang hidung
sendiri.
Kesultanan yang berada di dalam
negeri ini seharusnya mempunyai daya pemikiran yang luas jangan cepat
mengikut dan dengar kata-kata orang yang suka menunjukkan kebaikannya
tapi sebaliknya memperalatkan, memperbodohkan kewibawaan raja-raja.
Raja-raja hendaklah bersikap tegas, berfikiran yang bijak barulah
dihormati dan disegani.
YM harap rakyat Malaysia faham
bagaimana Malaysia dimerdekakan agar kita tidak ditipu oleh pihak
tertentu untukl kepentingan mereka. Jangan kita diperbodohkan.
Kemerdekaan adalah Sejarah Negara
Sekian Wasalam
YM.Ahmad , macam mana nak berhubung dengan YM.Ahmad, ada persoalan yg perlu di tanya.
ReplyDeletebaru terjumpa blog ini. rasa terkejut pun ada. Allah itu Maha Kuasa, kalau itu hak kita ia tetap hak kita. semoga kebenaran akan terbukti kelak.
ReplyDeletejika berkesempatan mohon YM luangkan sedikit masa utk membaca artikel milik sepupu saya dibawah ini kerana kami juga sedang menjejak salasilah keluarga kami. mungkin moyang kami antara pembesar perak yg lari kerana dikejar inggeris, kalau ada maklumat mohon YM kongsikan, t.kasih
http://anakgeriksoleh.blogspot.com/2009/07/keturunan-haji-hasan-bin-awang-besar.html
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete