Monday, August 15, 2011

Langkah Awal


Para pembaca yang budiman lagi setia menghayati cerita selanjutnya. YM Raja Ahmad Nasir telah berurusan dengan pihak Ibu Pejabat Istana DYMM Sultan Perak dengan baik dan tidak mahu mengaibkan Sultan Perak Seisi Keluarga. Tetapi pihak Ibu Pejabat tidak ambil indah seperti Dato Ayob Bin Hashim, malah bersifat biadap dan membalas surat tanpa berfikir. Mengikut perlembangan undang-undang Negeri Perak bahagian 2, Seolah-olah YM Raja Ahmad Nasir tidak tahu undang-undang tersebut. Disinilah punca YM Raja Ahmad Nasir terus berjuang untuk mendapat kembali hak warisan yang di amanat oleh Almarhum datuk(ninda) beliau.
YM Raja Ahmad Nasir terpaksa pecah tembelang Sultan Perak mangikut langkah demi langkah agar beliau men dapat kembali hak warisan. YM Raja Ahmad Nasir cuba cara baik supaya pihak pembesar-pembesar Istana,Mufti Negeri Perak dapat selesaikan dengan aman tanpa berpanjangan, ternyata Sultan Perak tidak boleh dibawa berunding sama sekali. Kemudian diutus surat pada Menteri Besar Perak. Bila dijawab, “ Akan dibawa ke minit mesyuarat”. Kenyataan itu bohong belaka. YM Raja Ahmad Nasir membawa perkara ini pada pihak media, hanya 2kali dimasukkan dalam Utusan Malaysia dan Apabila buat Press Comferce langsung tidak disiarkan dalam akhbar.Kemudian pergi ke Malaysia kini, pun tidak ada yang berani menyiarkan cerita tersebut.
YM Raja Ahmad Nasir terpaksa mengutus surat pada pihak atasan seperti Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-raja, Perdana Menteri, Ketua Polis Negera dan lain-lain lagi. Malah tiada jawapan diterima. YM Raja Ahmad Nasir tidak pernah putus asa, beliau akan terus berjuang sehingga akhir hayat. Semangat YM Raja Ahmad Nasir tetap dengan pendirian walau dengan titisan darah sekali pun. Kerana itu lah YM Raja Ahmad Nasir membuka blog dan memasukan cerita tersebut.
YM Raja Ahmad Nasir mengucapkan terima kasih pada pembaca blog. Sekarang hati YM Raja Ahmad Nasir rasa lega sikit. Ramai yang menjadi pengikut dan penyokong YM Raja Ahmad Nasir dan memberi semangat serta perangsang. Para pembaca yang budiman kemungkinan juga apa yang YM Raja Ahmad Nasir usahakan selama ini akan tercapai matlamatnya. Insyallah apabila Allah mengizinkan apa yang YM Raja Ahmad Nasir buat akan menjadi satu kenyataan. Berdoalah Kejayaan Beliau semoaga Allah memberkati yang benar dan yang batil akan hilang.

CERITA SELANJUTNYA AKAN SAMPAI DENGAN MESEJ YANG BAIK....


WASALAM

3 comments: