Saturday, January 16, 2010

Asslamualaikum para pembaca yang setia..
Yang mulia Raja Ahmad Nasir tidak mahu perkara ini disebarkan kerana beliau sebelum ini membuat kerja urusan diistana secara diam-diam.YM Raja Ahmad Nasir pada awalnya berulang alik keibu pejabat Istana Bukit Candan dengan beserta abang sepupunya memperkenalkan diri dan disambut dengan baik oleh Dato’ Raja Mansor Bin Raja Razman(Dato’ Pengelola Bijaya Diraja)
Kemudian barulah diutus surat kepada Sultan Perak yang bersangkut paut didalam istana.Pada awalnya Raja Ahmad Nasir hanya memohon jawatan Anak Raja Bergelar disebabkan jawatan tersebut mempunyai dua kekosongan iaitu Raja Kecil Bongsu dan Raja Kecil Besar.Akan tetapi surat kiriman yang mula Dato’ Ayob bin Hashim (Toh Amar Diraja) setiausaha sulit Ahli Dewan Negara memberi jawapan bahawa jawatan tersebut hanya boleh dimohon oleh warisan terkanan Sultan memerintah sahaja.Maka dengan itu YM Raja Ahmad Nasir menyatakan mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak beliau berhak memohon jawatan tersebut.Kenyataan yang disampaikan oleh Dato’ Ayop Bin Hashim bahawa undang-undang tersebut telah digubal oleh YM Raja Ahmad Nasir menyatakan bahawa fakta-fakta yang ada dinyatakan Sultan tidak boleh atau diharamkan mengubah kedudukan Negeri Perak.
YM Raja Ahmad Nasir meminta Dato’ Ayop Bin Hashim membuktikan fakta baru tersebut dan tiada jawapan yang diterima sehingga kehari ini.
Kemudian YM Raja Ahmad Nasir bertanya lagi adakah Dato’ mengetahui asal usul Sultan Azlan ternyata beliau tidak dapat menjawabnya.Dengan itu YM Raja Ahmad Nasir telah mengutus surat kepada Seri Paduka Raja Yang diPertuan Agong,Majlis Raja-Raja ,Ketua Polis Negara,Ketua Polis Perak,termasuklah pihak-pihak yang berkenaan pun menerima surat tersebut.Apabila perkara ini sampai pihak atasan,bermulanya anggota polis dari IPD Ipoh (cawangan khas) telah datang menyiasat.Segala butiran,salinan salasilah dan dokumen-dokumen dilihatnya,Kemudian cawangan khas daripada IPK Ipoh turut menyiasat lagi.Setiap salinan dokumen,surat,salasilah dan alat kebesaran diambil gambar sebagai pengesahan bahawa YM Raja Ahmad Nasir adalah benar.
Disini siasatan yang dilakukan oleh pihak cawangan khas terhadap YM-Raja Ahmad Nasir meyakinkan.Segala kerja-kerja,surat menyurat mengikut undang-undang Negara ini.Tiada salah dan silap yang dilakukan dan juga cawangan khas rasa gembira oleh kerana mendapat kerjasama dengan YM Raja Ahmad Nasir.
Kemudian YM Raja Ahmad Nasir pergi ke KL meminta bantuan sahabatnya untuk memasukkan berita .Bukanlah beliau mencari publisiti atau rasa bangga dengan tersiarnya didalam utusan Malaysia sebanyak 2 kali. Kemudian dibuat pula press conference tetapi pihak media tidak berani mengeluarkan cerita tersebut.Terkubur begitu sahaja.
YM Raja Ahmad Nasir amat kesal pihak media takut menyiarkan perkara yang benar.Disinilah ternyata peranan yang mereka bawa tidak relevan.YM Raja Ahmad Nasir berjanji pada diri sendiri,beliau tidak akan berputus asa selagi hak beliau sebagai warisan tidak tercapai.Pada suatu ketika pernah seorang hamba bertanya “Kalaulah diberi rumah,tanah.dan wang bagaimana? Jawab YM Raja Ahmad Nasir bahawa sebagai pemegang amanat beliau tidak boleh menerimanya.Kalau diterima beerti beliau ialah pengkhianat pada warisan,keluarkait tentang Sultan Perak keluarga dan agama.

Berhubung kait dengan sultan perak atau asal usul beliau dari Batu Gajah telah diceritakan pada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong,Majlis Raja-Raja,Ketua Polis Negara dan Pihak-Pihak yang berkenaan.Beserta dengan bukti dan buku tersebut yang kini dalam simpanan beliau.

Wassalam

Ketemu Lagi.........

5 comments:

  1. assalammualaikum....

    semoga apa yang Y.M RAJA AHMAD NASIR membuat urusan dengan pihak istana negara dimudahkan allah kepada beliau seisi keluarga,menjadi satu kenyataan.

    AMMIIN....

    ReplyDelete
  2. Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah. Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya, dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Dewan Negara. Oleh itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru

    ReplyDelete
  3. encik ahmad nasir dari keturunan sultan yang mana antara 3 tu????? sebab darah dging antara 3 orang sultan itu SAHAJA yang boleh jadi SULTAN PERAK........................

    ADAKAH ANDA BERKAITAN DENGAN 3 ORANG SULTAN MEMERINTAH TERSEBUT????

    Sebagai contoh, 1- SULTAN IDRIS MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH DENGAN SULTAN ISKANDAR....

    2- SULTAN AZLAN MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH DENGAN SULTAN YUSUF....

    JADI ADAKAN ENCIK AHMAD NASIR MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH SEPERTI YANG DI ATAS??????

    ReplyDelete
  4. Bakal Sultan Perak ke-35

    Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai sembilan daerah besar dan lapan daerah kecil. Hirarki sistem pemerintahan berajanya berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Setiap bakal sultan akan melalui tangga-tangga raja bergelar sebelum menduduki tahta utama negeri.

    Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah. Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya, dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Dewan Negara. Oleh itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru.

    Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.

    Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemetintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama.

    Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara.

    Satelah Raja Pemerintah dimashyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan itu ialah Raja Muda dan Raja diHilir. Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa iaitu Y.A.Bhg. Orang Kaya-Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Y.A.M. Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.

    ReplyDelete
  5. Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum dilaksanakan haknya atau menjalankan tanggung-jawabnya, Bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran itu dianugerahkan mengikut adat Melayu.

    Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar. Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut,

    1. Raja Kecil Bongsu.
    2. Raja Kecil Tengah
    3. Raja Kecil Sulong
    4. Raja Kecil Besar
    5. Raja Di Hilir
    6. Raja Muda
    7. Sultan dan Yang DiPertuan.
    Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah satelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat ayng dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada putera sulong Baginda.

    Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.

    SENARAI RAJA-RAJA BERGELAR NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

    1. D.Y.M.M.Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan.
    Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullahulahu Shah.
    2. D.Y.T.M. Raja Muda Perak.
    Duli Yang Teramat Mulia Raja (Dato'Seri) Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
    3. D.Y.A.M. Raja Di Hilir Perak.
    Duli Yang Amat Mulia Raja (Dato'Seri) Ja'afar bin Raja Muda Musa.
    4. Y.A.M. Raja Kecil Besar Perak.
    Yang Amat Mulia Raja (Dato'Seri) Izzuddin Iskandar Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah.
    5. Y.A.M. Raja Kecil Sulong Perak.
    Yang Amat Mulia Raja (Dato'Seri) Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah.
    6. Y.A.M. Raja Kecil Tengah Perak.
    Yang Amat Mulia Raja (Dato'Seri) Ashman Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
    7. Y.A.M. Raja Kecil Bongsu Perak. (masih kosong )

    Sumber : http://www.geocities.com/aizaris/RajaBergelar
    "

    ReplyDelete