Salam bahagia pada pembaca blog, YM
Raja Ahmad Nasir. Kali ini YM Raja Ahmad Nasir memberitahu pembaca
sekian bahawa beliau telah mengutuskan surat kepada Dato' Pengelola
Bijaya Diraja dan Ahli Dewan Negara negeri Perak.Salinan kepada Yang
Dipertuan Agong, Majlis Raja-raja,Ketua Polis Negara dan Ketua Polis
Perak. Kisahnya ialah perlembagaan Undang-undang bahagian kedua
Negeri Perak telah dipinda. Ini adalah kali kedua surat yang
dikirimkan kepada pihak Istana Negeri Perak dan yang berkaitan.
Pertanyaan Pengesahan bila tarikh
dan tahun pindaan tersebut berlaku. Pihak Istana tidak dapat
menjawab soalan tersebut. Ternyata pihak Istana bertanggungjawab dan
tidak pegang pada amanah. Mereka memainkan peranan menipu rakyat
jelata Negeri Perak berdasarkan kepada kepentingan diri mereka.
Bagaimana Negeri hendak maju,makmur dan berdaulat. Bersumpah dengan
kalimah Allah taat setia menjalankan tugas dan memegang amanah negeri
tapi tidak dilaksanakan dengan baik. Maka rakyat menjadi miskin
serta susah. Yang senang menjadi jutawan. Adakah ajaran Islam
begitu? Adakah pegangan agama, Al Quran yang kita pandu selama ini
sebegitu rupa? Bukankah pihak-pihak yang bertanggungjawab disesuatau
bidang diberi amanah untuk menjaga tanah air yang berdaulat.
Orang melayu memohon tanah di atas
nama Malay Rezab. Pajakan 99 tahun bangasa asing membeli tanah Malay
Rezab dan hak kekal. Apa akan berlaku pada generasi muda melayu akan
datang? Sekrang pula pekerja kerajaan , pencennya disambung hingga
60 tahun. Disini kita nampak perkara-perkara yang akan datang bala
bencana pada orang kita. Apabila belum sampai umur 60 tahun dilakukan
kesalahan atau kesilapan segala-gala nya akan hilang begitu sahaja
tanpa dapat pencen. Anak-anak muda tiada pekerjaan dan dinyatakan
malas bekerja dan harap pada pihak kerajaan sahaja. Pada mereka yang
membuat undang-undang ini tidak betul menyusahkan masyarakat, negeri
dan negara ini jadi kucar kacir.
YM harap pembaca sekian dapat
memikirkan mesej yang disampaikan ini untuk masa yang panjang. Kita
semua bukannya menongkat dunia. Meraka yang memegang kuasa ketika
ini hanya mementingkan diri mereka dan generasi mereka sahaja.
Mereka tidak fikirkan tentang masyarakat negara ini. Undang-undang
diketepikan apatah lagi bab agama, hukum-hukum syarak terlalu jauh
ketinggalan. Nama sahaja Islam tetapi sayang pemikiran mereka, jiwa
dan hati bukan Islam. Hanya sebutan di bibir melaung-laung syahadah
Islam. Ini lah yang memusnahkan negeri/ negara.
Siapakah yang sanggup menegakkan
agama Islam kembali sebagai mana Rasulullah S.A.W bersusah payah
memartabatkan syiar islam. Sultan sebagai pewaris Nabi tidak seperti
sultan-sultan berdaulat dulu jadi penakut, pengecut apabila duduk
bersenang lenang dengan wang dan kuasa yang ada. Apa yang mereka
tahu tidak perlu bersusah payah tapi mereka lupa diri, amanah atau
tanggungjawan dan kepimpinan pada rakyat jelata hilang begitu sahaja.
Membaca teks yang telah siap mesej-mesejnya itu sahaja yang tahu tapi
indah khabar dari rupa.
Pada sultan-sultan dan pihak yang
tidak bertanggungjawab akan Allah balas di dunia atau akhirat.
Perlantikan Sultan Negeri Perak semua rakyat jelata khususnya negeri
perak telah tahu asal-usul beliau. Beliau berada di luar negara
kerana sakit. Sepatutnya pihak Istana Negeri Perak mengumumkan atau
mengwar-warkan keadaan beliau ketika ini. Tidakkah martabat dan
maruah mereka telah menjatuhkan diri mereka sendiri. Itu adalah
tanggungjawab pihak Istana.
Maklumat terbaru ada pihak musuh
menggunakan orang-orang upahan untuk membunuh YM Raja Ahmad Nasir
sama ada cara kasar ataupun halus. Cerita akan datang ada orang yang
mahu menuntut hak waris sultan sedangkan beliau sendiri pernah
menggunakan nama YM Raja Ahmad Nasir berjumpa seorang tauke meminta
RM 50,000 atas tujuan dirinya sendiri.
Kemudian meminta bantuan daripada
YM Raja Ahmad Nasir untuk menempah kalung dan cincin lambang Negeri
Perak. Ada barangan pemberian YM digunakan sebagai bahan bukti
sebagai pewaris Negeri Perak. Beliau melakukan pembohongan atau
penipuan bagi barang-barang tertentu yang dikatakan dijumpai di
Benting Beras Basah. Sedangkan pemergiannya ke Benting Beras Basah
adalah mengikut YM Raja Ahmad Nasir beliau tidak berani bermalam di
Benting Beras Basah.
Kita ikuti kisah selanjutnya bagi
beberapa insan yang mengakui sebagai pewaris hak kerajaan Negeri
Perak yang pernah mengikuti YM Raja Ahmad Nasir dan kemudian menuntut
tahkta kerajaan Negeri Perak.
Sekian Wasalam