Sunday, November 3, 2013

Salam Sejahtera pembaca blog yang setia . Kali ini YM Raja Ahmad Nasir ingin mempersoalkan bagaimana negara ini mengujudkan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong & Majlis Raja-raja serta Ahli Politik ? Apakah tanggungjawab dan peranan mereka ini ? Difahamkan setiap Perlantikan yang memegang jawatan masing-masing bersumpah dengan Kalimah Allah . Diistiharkan Negara ini Negara Islam
    Pucuk pimpinan memainkan peranan dan tanggungjawab bagi menunjukkan keadilan , ketegasan bagi mentadbir negara supaya rakyat jelata menghormati , patuh dan taat setia pada Undang-undang negara ini . Kalau pihak Seri Paduka Yang Dipertuan Agong tidak dapat melaksanakan dan meluaskan tanggungjawab dengan baik , Bagaimana rakyat jelata mematuhi tersebut . Apa yang dilihat dan dipandang , Rakyat tertanya-tanya kenapa Seri Paduka Yang Dipertuan Agong tidak membuat sesuatu agar Agama Islam dihormati . Dimana dikatakan Prinsip Rukun Negara . Rakyat berbagai kaum tidak menghormati dan tidak segan silu mencarca Agama Islam . Sekarang terang dan nyata Ahli Politik lebih berkuasa daripada Seri Paduka Yang Dipertuan Agong . Penghormatan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong amat rendah dari pemimpin ahli Politik .
      Apabila tersepit baru digunakan nama Seri Paduka Yang Dipertuan Agong . Bagaimana Sekiranya Setiap Negeri ada masalah , Siapa yang harus memberi pertolongan atau pandangan untuk menyelesaikan ? Kalau Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah Ketua dalam Negara tidak dapat menyelesaikan  ,  Tak guna diwujudkan Badan Tertinggi Seperti Agong , Majlis Raja-raja  atau Pemerintah Politik .
       Raja Ahmad Nasir telah berkali-kali mengutus surat pada Agong , Majlis Raja-raja dan pihak atasan yang berkenaan , Tapi tidak satu pun berbalas . Bermula dari Raja Perlis , Terengganu dan Kedah . Ternyata Prihatin dan tanggungjawab tidak ada mempunyai jiwa rakyat . Dimana letaknya maruah bangsa dan negara sebagai seorang Islam yang berpegang pada Amanah dan Bersumpah dengan Keadilan Allah ? Rakyat Jelata tidak Indah , Tidak hormat dan Tidak berdaulat .
      Raja Ahmad Nasir telah menyampaikan kenyataan dan kebenaran serta bahan bukti menunjukkan Sultan Perak ( Sultan Azlan ) atau Atan bin Hashim bukan anak kandung Allahyarham Sultan Yusuf . mrngikut Perlembagaan Undang-undang Negeri Perak beliau seharusnya turun takhta atau mengikut Undang-undang Negara Seri Paduka Yang Dipertuan Agong pun tidak dapat mengambil apa-apa tindakan . Yang BENAR dikatakab salah . Yang SALAH dikatakan Benar .
       Ahli Politik lebih berpengaruh dan berkuasa , Mengaut kekayaan harta benda , tanah , projek dan simpan bank dan bersenang lenang dengan kuncu-kuncu mereka . Rakyat dipinggirkan . Kenapa tidak dibuatkan setiap pemerintah politik hanya memegang jawatan selama 1 penggal seperti Seri Paduka Yang Dipertuan Agong .
     Kerana Kesempitan hidup rakyat guna kekerasan untuk mencari razeki . Banyak perkara tidak elok berlaku hidup rakyat sengsara dari segi ekonomi . Kata-kata dusta , bohong , penipu , fitnah menfitnah , salah menyalahkan antara satu sama lain . Punca ini negara tidak aman dan makmur . Allah turunkan bala dan musibah disebabkan perkara sebegini .

Sekian , Wasalam ..